Powered By Blogger

Sunday, 4 October 2015

MENJENGAH LUBUK BATU BERTANGGA



Assalamualaikum semua Kail Sejengkal kembali setelah setahun menghilang......harap maaf krn kail agak sibuk dan xda trip2 yg menarik utk dikongsi tetapi kali ni Kail nak kongsi pengalaman sahabat Kail dlm trip beliau....kwn Kail ni mmg agak rapat ngan Kail....

Trip dia ke lubuk titi patah dan batu bertangga tidak menghampakan kerana berjaya menaikkan penghuni lubuk yang sentiasa menjadi buruan pemancing di sekitar Lumut. Rizal itulah nama kawan kail dgn nizam n not
 enjin 15hp menjadi taruhan
utk membelah ombak
 bersama pemancing2 lain dlm memburu
penghuni dasar

 anatara jenahak yang dijinakkan superb beb


 sembilang yg turut menjadi mangsa...
asam pedas meleleh ni
 teman Kail ...Nizam tersenyum puas
nindia Rizal tekong bot dgn pari 21 kg yg dijinakkan
dgn menggunakan mesin abu garcia caldinal mmg mencabar nak 
naikkan pari ni


 "tumpang bergambar ye Nizam"

 cik kerapu pun tewas beb

 Not mengambil tempat yg sesuai utk beraksi

 Jauh menungnya tu not



hahh....apahal tu disentap ikan ke....

sehari ditgh laut mmg memenatkan tapi jika hasil yg baik terbalas hasil penat lelah betul tak....itulah perkongsian trip kawan Kail bersama teman2 yg lain mmg berbaloi utk diterokai lubuk ni.
Kail pun dah lama tak turun trip ni....memang dah gigil tangan nk menyentap ikan hahaha.....apapun harap entri kali ni dpt mengisi rindu para pemancing tegar sekelian yg mengikuti perkembangan Kail

Sekian dulu coretan trip sahabat Kail buat kali ni Insyaallah kita akn bertemu di lain entri salam lubuk buat semua pemancing Assalamualaikum............

Join The Trip
Rizal (Tekong Bot)
Nizam 
Not

"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"

Saturday, 1 November 2014

TIOMAN WAR.......

LOKASI : Teluk Tekek & Teluk Juara

Assalamualaikum utk pemancing2 dan pengikut Blog Kail Sejengkal. Untuk kesekian kalinya kali ni Kail ingin berkongsi pengalaman memancing di Pulau Tioman, selama 5 hari Kail berada di sana kerana bertugas disamping masa yg terluang Kail bersam kwn2 mengambil kesempatan mendugalubuk2 dikawasan perairan Tioman.....

Kali ni kail hya ingin berkongsi gambar2 Sepanjang Kail berada disana....

 Jackpot.....lesen besar Kail utk trip kali ni

 Sotong Daun x ketinggalan ...bakar mmg sedap sotong ni

 Pari beb.....

 Antara Kerapu yang dinaikkan pd hari ke 2

 Kail x kenal spesies ni...tp mmg byk dikawasan ni..
ikan ni Kail jadikan umpan



 Kerapu manis sekitar 1kg...

 Panaroma Tioman di waktu senja

 Kerisi oiiii kerisiii...

 Mayong juga tidak ketinggalan





Hasil tangkapan yg berjaya dinaikkan Kail n kwn2....mmg lumayan ini sebahagian hasil yg dpt dikongsikan klu nak dikira hasil lebih dr seratus ekor klu dikumpulkan semua sekali Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah.

Sampai disini dulu perkongsian Kail n kawan2 semua semoga berjumpa lagi sekian Assalamualaikum....
"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"

Thursday, 5 June 2014

MENDUGA AMUKAN SI PARI PARI

Assalamualaikum buat sahabat2 setia blog kail sejengkal...terlebih dulu Kail mohon maaf kerana tak ada entri terbaru agak lama, ini kerana Kail agak busy dan kurang aktiviti atau trip kerana mmg Kail busy... 

Kali ni entri kail adalah amukan si pari2. Pada minggu lepas Kail dan beberapa kawan kail pergi memancing di kawasan paya bakau sekitar Bandar Lumut. Bergerak ke port selepas Maghrib kami mula menyiapkan persiapan utk misi menjinakkan ikan pari yg dikhabarkan amat byk dikawasan tersebut. Dalam pada masa yang sama kami juga mengambil kesempatan utk melakukan aktiviti menjala udang, kerana disitu mmg  byk udang. Keadaan air laut surut memudahkan aktiviti menjala udang sekaligus dapat dijadikan umpan segar dalam menjinakkan pari. Bersama teman2 kail Rezal, Anuar Hishamuddin, Iskandar kami memulakan misi dgn harapan salah sorg dari kami dapat menewaskan raksasa kuala sg dingding ni. Keadaan agak hambar pada awal malam itu dan kami menghabiskan masa dengan menjala udang yg agak byk mlm tu....
  Hasil tebaran seawal jam 9 malam

Setelah penat meranduk air dan menebar jala kami naik utk menikmati makan malam yg dibawa Rezal dan Anuar dengan menu sambal petai udang, pekasam, kembung goreng dan nasi putih memang menyelerakan. Sebaik selesai saja menjamu selera kail Rezal disentap .....wahhh....penghuni sensasi paya bakau berjaya didaratkan seekor sembilang/gemang....mmmm habuan pertama mlm tu.
 Moh...kite makan dulu....ikut sunah Nabi makan "bertalam" hehehe....

 Bosan menanti rengutan sang ikan

hasil pertama malam tu seekor Sembilang.....

Keadan mula galak dengan rengutan ikan namun tidak berhasil......
tiba2 kami terkejut dengan bunyi desingan drag yang kuat dr rod iskandar....perghhhh melentur mcm bentuk U .....cuba mengawal situasi dgn mengunci drag sikit demi sikit.....lompatan sang ikan menandakan seekor Giant Barramundi sedang bertarung melepaskan diri. Berjaya membawa ketepi pantai belum tentu ikan itu dpt dijinakkan lantas Kail segera menebarkan jala ke arah ikan bg memastikan ikan dpt ditewaskan sepenuhnya....rabak juga jala Kail...takpe asal ikan dpt koyak jala bole dijahit tul tak.

Nah....Giant Barramundi 5kg yg berjaya dinaikkan 
Iskandar dibantu oleh Kail...hehehe

Selang berapa minit kail Rezal pula bagai nak meletop disentap kasar...... semua mata tertumpu pada aksi Rezal dan mangsa yg cuba ditewaskan itu.....aksi tarik menarik berlangsung agak lama, Rezal yg lebih behati2 mengambil langkah selamat dengan memberi byk ruang pada mangsa dalam usaha meletihkannya....
Akhirnya yg diburu menyerah diri "MISSION COMPLETED" seekor Giant Ray dapat ditewaskan....kepuasan dirasai oleh kami, pari seberat 8kg  surrender pd kami

Rezal dan mangsa yang dijinakkan..

Tak sempat celebrate kejeyaan menaikkan pari rod Anuar plak diduga oleh seekor siakap lebih kurang hebat juga...persainangan sengit wlupun Anuar masih baru dalam bidang tp itu bukan penghalang untuknya menjinakkan siakap...kematangan jelas ditunjukkan dalam menangani rengutan siakap.
Anuar dgn Baramundi yg sedikit kecil dr 1st catch tadi

Embun pagi mula menitis lewat jam 2 pagi air laut mula pasang memasuki kuala Sg.Dingding....kami mula beredar ke kawasan yang masih belum ditengelami air dan bersiap siap utk pulang dengan hasil yang agak lumayan. senyum menyeringai di setiap bibir kami, Kail pun bole tahan juga kail tebar malam ni 
Sebahagian hasil tebaran maut dari Kail 
ketam dan pari kecil pun jadi mangsa

Setakat ini dulu entri kail buat tatapan semua pembaca tegar Kail Sejengkal....pada yg menegur pasal blog kail yg lama tak ada entri baru Kail ucap tima kasih sbb prihatin pd blog ni, bukan apa Kail agak busy sikit tahun ni tak ada kesempatan utk trip memancing..... semoga berjumpa lagi di entri yang akan datang....mungkin entri akan datang masih lg port terbaik ni masih banyak yang perlu dibongkar disitu....

ok la Kail undur diri dulu nak jahit jala yang koyak dek rembatan sang siakap.... Assalamualaikum

Join Us:-
Kail Sejengkal
Rezal
Anuar Hishamuddin
Iskandar.........

"TAKKAN PEMANCING HILANG DI DUNIA"


Tuesday, 5 November 2013

MENDUGA LUBUK IKAN DURI

Cuti maal hijrah semalam kail berkesempatan untuk sekali lagi turun memancing, tetapi kali ni kail cuba untuk melayan ikan duri di kawasan muara paya bakau berhampiran bandar Lumut. Bersama teman2 kail Rizal n Anuar kami sampai dikawasan memancing sekitar jam 11 pagi, Keadaan air pd waktu itu masih surut ia membuka peluang untuk kaki kaki jala utk menjala udang, malah kawan kail si Rizal pun tidak melepaskan peluang untuk menjala udang.
Air surut membuka peluang untuk kami menjala 
udang dan sebagai umpan memancing.

Rizal sedang menebarkan jala ....

Dalam keasyikan kami menjala udang, joran kail mula disentap kuat oleh ikan, pada mulanya sangkakan ikan siakap sebab kawasan ini juga merupakan lubuk siakap kalau kena pada umpannya memang berbaloi.
Ikan pertama kail seekor duri bersaiz sederhana berjaya didaratkan.....
Taktala air mula pasang, rengutan demi rengutan memagut umpan kami tidak menang tangan untuk melayan karenah ikan duri ni, ada sesetengah orang tidak berapa suka dengan ikan ini mungkin kerana ikan ni agak hanyir, tapi kalau kena pada gayanya dibuat asam pedas perghhhhhhh,,,,,,
 
Duri pertama Kail yang bersaiz sederhana

Dalam asyik menjala jari kail terkena pula sengatan ikan tepu...perghhhh bisanya, kalau sesetengah orang mau pengsan. semakin lama jari kail semakin membengkak.... tapi dek kerana joran yang sentiasa di rengut oleh ikan kail lupa yg jari kail ni bengkak...memang bisa ikan ni sampai demam  demam kail semalam, abis dia tangkap urat.
 Anuar sabar menanti sentapan dari sang ikan

Rizal bersedia untuk menduga lubuk duri yg seterusnya

Tertewasnya duri di tangan si Rizal.......

Pada sesiapa yang ingin mencuba kawasan ni elok bawalah persalinan yang secukupnya ini kerena kawasan ni berlumpur paya katakan. Kalau waktu malam pula lebih berhati hati kerana ini kawasan ular air...memang banyak. Ular ular ni tak menganggu kita cuma ia bermain di gigi air sahaja tapi kita jangan la kacau dia kang nahas,,,,,,,,



Kail bersama duri seberat 1.5 kg

Jam menunjukkan 3 petang kami bersiap siap untuk pulang. Hasilnya boleh la untuk dibuata asam pedas...udang byk juga yg dapat dalam 3 kilo...
Inilah sebahagian hasil memancing kami 

Setakat ini dahulu coretan pengalaman kail utk kali ni semoga bertemu dilain trip.......semoga kita dapat berkongsi pengalaman penglaman memancing di masa masa akan datang. Sekian 

TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA

Sunday, 3 November 2013

ANAK TETANDA JE TINGGAL!!!

Kembali kail kali ni dgn memaparkan trip ke port yg biasa kail kunjungi sewaktu dahulu, namun apa yg diharapkan kali ni....port tersebut tidak lg menjadi port yg terbaik. Ini kerana tempias dr pembangunan yg dibangun dikawasan sekitar yang menyebabkan populasi ikan dikawasan berkenaan berkurangan. Paya2 bakau diteroka utk dibangunkan, kapal2 pengorek pasir dengan rakus beroperasi menyebabkan ikan2 dikawasan berkenaan terbantut. Kail bersama teman rapat kail Abg Harun turun buat kesekian kalinya utk mencuba nasib port kegemaran kail satu masa dahulu. Seawal pagi bertolak dgn menaiki bot namun harapan dpt mendaratkan hasil yg baik namun petanda awal menunjukkan mungkin harapan itu tak kesampaian mana tak nya hanya udang harimau yg ada utk dibuat umpan.....udang harimau ni kalau dibuat umpan mmg susah sikit la ikan nak makan maklum la keras....
 Terlalu kecil, dilepaskan bg dia besaq dulu...nanti dah besar 
jgn lupa makan umpan Kail ye


 Kerapu loreng..... macam seluar Kail je..hahaha

 Harun dgn tetanda size sederhana....bole la nak buat lauk


 Merenung masa depan port yang dulunya port azimat Kail
Kini semakin menyepi......

Sampai je kat port kail dan harun terus mempersiapkan joran dan terus dilabuhkan....nampak dipermulaan menunjukkan tanda positif dengan kail tak sempat nak makan joran terus diusik dengan rengutan ikan. dan hasilnya seekor anak tetanda membaham udang harimau ..tak padan dgn size

 
     Tak sempat Kail nak jamah nasi lemak....dia dat tarik.

selang berberapa minit sekali lagi ikan didaratkan...seekor kerapu batik yg cantik dianggarkan berat sekilo lebih kurang la....


    Ni je hasil Kail pada hari tu..apapun Alhamdulillah..

Selepas dari itu sekor demi sekor tetanda dinaikkan, namun ada juga yg dilepaskan kerana size terlalu kecil....Hanya kail saja yg berjaya menaikkan ikan pd hari tu kwn kail si Harun tida bernasib baik wlupun itu last trip beliau bersama kail kerana dia akan berpindah ke Kuala Lumpur minggu depan,,,, masuk je tengahari langsung tiada rengutan  hingga la ke petang klu nak dibandingkan ketika kail mula menjumpai lokasi ni mmg berbeza...itula kesannya pembangunan pd populasi ikan dikawasan ni amat ketara sekali....


 Port kail suatu ketika dahulu...lumayan beb, sekarang?

Sebelum kail mengakhiri entri kali ni ...kail nak berkongsi dgn pembaca kiriman sahabat kail yg memancing pada masa yang sama cuma lokasi je yang berlainan...di kawasan  bakau belakang Shell petrol pump Lumut...tempat ni bole tahan juga ni selalu kalau kail pergi situ kail suka Casting.....
 Port ni belakang Shell Lumut....sila la duga tempat ni mana 
tahu rezki korang..



Siakap yg berjaya dijinakkan oleh sahabat Kail
Rizal...terbaekkk la bro.
ok setakat ni dulu entri kail untuk kali ni semoga berjumpa lagi di entri yg mendatang....terima kasih kerana masih lagi menjadi pembaca setia KAIL SEJENGKAL.... Assalamualaikum....

TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA...