Salam yang ke sekian kalinya buat pembaca tegar blog kail sejengkal.....terlebih dahulu kail ucap selamat berhari minggu pd semua pemancing tegar termasuk pd "Mr Mama" hihihi....
kali ni port seterusnya ada lah di GRADE ONE MARINE atau GOM......Pada permulaan agak kecewa sedikit krn bot yg selalu di sewa telah abis ditempah org maka terpaksa menyewa bot yaang agam mahal...apapun demi memancing apapun kita kena redah....pergi bersama Haziq, Hamdan dan Jusli kami berempat menongkah arus mencari port terbaik..........air surut pagi agak rancak juga melayan kerenah ikan namun kail agak sepi sedikit bak kata org hero kalah dulu hehehehe......
henjutan pertama Hamdan berjaya menaikkan jenahak size sederhana sudah membayangkan hasil yg mendatang ....kemudian keadaan agak kurang meriah mungkin disbbkan air surut rendah kali ni
masing2 sabar menunggu air pasang dgn harapan yang menggunung...sambil2 tunggu 2 apa lagi buka "kitab" la hahaha buat isi masa terluang...
Hamdan bersama jenahak pertamanya....
Lecehnya bila air surut ni umpan kami diganggu oleh sekumpulan anak ikan kecil aduhhh rugi beb umpan sekor 30 sen....klu sekor klu 10 ekor x RM3 uuuuuu rugi ooooooo......
Setelah agak lama menanti giliran rizan plak menaikkan sekor anak kerapu...mmmm kail gigit jari lg ..sabar menanti
anak kerapu yg meragut umpan udang hidup
Penantian demi penantian akhirnya umpan milik kail diragut rakus peerggggghhhhh aksi telah bermula dan seekor jenahak dinaikkan kail .....hahahah ranking pada harini.......namun jenahak itu mungkin sebagai pengubat lara selepas kail terlepas seekor siakap yg gak besar gara2 mesin Shimano Alivio milik kail guna tali berkuasa rendah.....aksi pd tghari agak rancak ...seorang demi seorang menaikkan ikan.....tp Alhamdulillah harini kail champion dgn hasil terbanyak n terbesar hahahaahaha......
post kail bersama jenahak...mahal beb klu sekilo
RM30 ni.........
Selang beberapa minit skali lagi umpan meragut kali ni mmmm klu td terlepas siakap tp kali ni dpt juga siakap tp siakap sampah la kat tempat lain mungkin panggil ikan kaci barangkali...
Haziq ckp ni ikan siakap sampah tp kail mmg
x kenal ikan ni...sapa2 yg tahu kaborkan lah
Situasi agak rancak selepas iti beberapa ekor kerapu dinaikkan Hamdan dan Jusli....hanya pesaing kail yg belum naik apa2 lagi iaitu si Haziq, dia ni mmg musuh kail ni tp kali ni kail berjaya tewaskan dia wlupun di minit2 kecederaan Haziq berjaya juga hasil nya bebrapa ekor kerapa dan ikan tetanda......
Musuh kail iaitu Si Haziq bersama
ikan tandanya...
deretan joran di satu sudut yg di syaki
sebagai lubuk kerapu
Keadaan beransur petang rengutan sang ikan mula berkurangan maka masing2 dgn hal sendiri ada yg buat perambut spare ada yg mencari ikan kecil menggunakkan teknik appolo namun hampeh tiada hasil kembung mahupun tamban segar.....dlm pukul 5 kail mengajak pulang memandangkan kail ada majlis tahlil di kejiranan kail....bak kata orang wlu segila mana pun kita memancing hal2 kejiranan ke apa ke jgn abaikan.....darjat pemancing kita kena jaga dan diangkat maruah...jgn sampai org pandang sinis pada golongan2 mcm kita ni...
Hasil yg tak seberapa dituai oleh kail dan rakan2
di PORT GRADE ONE MARINE
Sekain dahulu coretan kail pada kali ni harap semua enjoy dgn penulisan kail...pada sesiapa yg nak join kail lps ni bole hubungi kail....klu ada modal kita g jauh sikit Pulau Sembilan ke..tp kail kerap main pesisiran je itu sbb blog ni nama KAIL SEJENGKAL....maknanya belum sampai tahap hardcore lg..apapun sokongan dr kwan2 Insyaalllah satu hari nanti kita akan jelajah lautan plak Sekian dulu Wasallam
"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"