Assalamualaikum para pengikut setia KAIL SEJENGKAL...bertemu skali lg kita dlm entri yg kesekian kalinya. Kali entri ni berkisarkan pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Kelab Pemancing Bousted Naval Dorkyad Lumut Perak....
Untuk pengetahuan pembaca ni la kawasan yang paling orang nak sgt memancing memandangkan kawasan ni mempunyai ikan yg byk dan bernilai tinggi. Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM15K dgn yuran pendaftaran sebanyak RM70 bg 1 joran dan RM100 utk 2 joran....pertandingan yang bermula pada awal 9 pagi itu disertai hampir 500 org, takdela ramai sgt kan ini kerana kawasan memancing hanya terhad di atas jeti dorkyard maka klu nk ramai mmg tak muat la kan.....Kail sampai ke kawasan pertandingan pd pukul 10, melihat para2 peserta sibuk menaikkan ikan, mmg byk ikan kat situ. Ramai jga teman kail yang menyertai tour ni antaranya Harun, Rizal, Saipul, Haziq, Hamdan dan Hasani....
Si Rizal sedang menelefon ikan hahaha.....
Peace Yooo...
Antara teman2 Kail yang join Tour ni.....Good Luck utk korang
Selain tu ramai juga la yg Kail kenal ye la kan Kail ni org memancing juga so klu g Tour memancing mestilah org kenalkan...ye la sealiran dgn kita
kawan kail ni Hainudin namanya
Kail baru je sampai dia dah naikkan Kerapu
Wlupun keadaan cuaca agak panas terik ttp tidak sikit pun menganggu para2 pemancing mmg tegar dorang ni.....Kail pun dah berpeluh maklum la terlupa nak bawa topi....
Suasana pertandingan.........
Sepanjang pertandingan berlangsung mmg banyak ikan dinaikkan ye la sini mmg lubuk ikan berbeza dgn tempat2 lain agak2 jarang ikan dinaikkan...tapi kat sini tak menang tangan la kejap2 org sana menjerit kejap2 org hujung sini plak menjerit pendek kata mmg meriah la....sampai kail terpaksa ke hulu ke hilir utk melihat dan snap gambar biasalakan Blogger murahan mcm ni la hahaha.....
Sepanjang Kail disitu sempat la bersembang2 dgn para peserta ada yg dtg jauh dr KL pun ada mmmmm mmg bersemangat dorang ni....ini lah semangat yg para2 pemancing perlukan.....keadaan jeti yg kecil membuatkan kawasan agak sesak dgn motosikal marshal pertandingan ke hulu n hilir namun semua peserta sporting takde yg merungut...best la korang ni.......
Bermacam jenis ikan yang dinaikkan bersaiz bagak2 dan tidak ketinggalan juga dgn situasi ikan terlepas ada yg terputus termasuk la dgn teman Kail si Hamdan yg terlepas bapak GT dah nmpk depan mata tp apakan daya takde rezeki....dan tidak ketinggalan penyu pun menjadi mangsa pada hari 2.......tak sempat Kail nak g tangkap gambar dorang dah lepaskan....
Ok ni Kail nak tunjukkan sikit aksi2 pemenang Tournament harini dlm menaikkan ikan yang bernilai RM5K sbb kebetulan mmg kail berada di situ....
Nampak tak rod merah yg sedang melengkung tu
Ikan mula naik di permukaan
Melompat dlm usaha melepaskan diri
Ikan Mayong yg sudah keletihan...
Tewas jua......Pertarungan yang mengambil masa 12 minit berjaya
menjinakkan mayong seberat 4.6Kg....tersenyum mamat ni
Tahniah kail ucapkan........
Dibawah Kail ada sisipkan beberapa hasil pancingan para peserta yang sempat Kail snap..utk tatapan pembaca.....
Tarikkkkk....bang jangan tak tarikkkk....
Tarik punya tarik ikan kerapu ni terlepas juaaaa....
takpe2 cuba lg
Masuk ranking tak bang????
Wahhh,,,,,,,, GT beb...
"aduhh panasnya!! weiii korang nak ke tak ni
klu nak cepat la timbang panas ni!!!
Woooowww.....bawal gajah sempat mendahului ranking
sebelum dipintas saat2 akhir....
Hai bangg....timbang pakai tangan jerr...
Korang jgn terkejut jenahak ni akak yg sebelah tu yang naikkan
tau..perghh caya la kak janji masuk ranking ....
Kontroversi!!!!! mulanya ikan yu ni penganjur
tak terima setelah dibuat bantahan terpaksa la juga dikira
sbb dlm syarat2 janji ikan jgn buntal je...MMMMM...550 gram disqualifiedd....sbb no 10
pun dah 700gram
Geng Kail ni si Hamdan yg terlepas GTnya
klu x mesti dia yg menang hahaha
apapun xda rezeki nak buat mcmanakan...........
Banyak kan ikan kat sini!!! semuanya spesies2 mahal......bak kata org klu masuk pun tak rugi wlupun mahal yurannya sekurang2nya bole buat laukkan tp klu tak dpt langsung apa cerrrr,,,,,,,, sendiri mau ingat la rezeki Allah yg punya klu dia bg Alhamdulillah, klu takde cuba lg lain kali mgkn rezeki kita disana kan .....
Sebelum balik, Kail sempat singgah di urusetia utk melihat ranking terkini 10 minit sebelum masa pertandingan tamat, sambil melihat pihak urusetia memmilih calon2 juara dan persiapan penamat pad ptg tu....,,,,,,,.....,,,,,....
Urusetia sedang taging ikan no 2
Ikan para pemenang sedang digantung dan dipamerkan
sebelum majlis penyampaian hadiah
Setakat ini dulu entri kail dlm mengeksplorasi jelajah tournament pada kali ni kepada yg berjaya Kail ucapkan jutaan TAHNIAH....kepada yg tak berjaya cuba lagi pada teman2 Kail lain kali try la lg jgn putus asa jgn lupa next trip kita yerrrr cuti Sultan Perak ni....... baik pya trip ok......
semoga berjumpa lagi di lain posting........SEKIAN WASSALAM...... ADIOS AMIGOS, MAASALAMAH..........
members in posting:
Harun
Rizal
Haziq
Hamdan
Hassani
Hainuddin....dll....thanks 4 coperation
"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"