Kali ni entri kail adalah amukan si pari2. Pada minggu lepas Kail dan beberapa kawan kail pergi memancing di kawasan paya bakau sekitar Bandar Lumut. Bergerak ke port selepas Maghrib kami mula menyiapkan persiapan utk misi menjinakkan ikan pari yg dikhabarkan amat byk dikawasan tersebut. Dalam pada masa yang sama kami juga mengambil kesempatan utk melakukan aktiviti menjala udang, kerana disitu mmg byk udang. Keadaan air laut surut memudahkan aktiviti menjala udang sekaligus dapat dijadikan umpan segar dalam menjinakkan pari. Bersama teman2 kail Rezal, Anuar Hishamuddin, Iskandar kami memulakan misi dgn harapan salah sorg dari kami dapat menewaskan raksasa kuala sg dingding ni. Keadaan agak hambar pada awal malam itu dan kami menghabiskan masa dengan menjala udang yg agak byk mlm tu....
Hasil tebaran seawal jam 9 malam
Setelah penat meranduk air dan menebar jala kami naik utk menikmati makan malam yg dibawa Rezal dan Anuar dengan menu sambal petai udang, pekasam, kembung goreng dan nasi putih memang menyelerakan. Sebaik selesai saja menjamu selera kail Rezal disentap .....wahhh....penghuni sensasi paya bakau berjaya didaratkan seekor sembilang/gemang....mmmm habuan pertama mlm tu.
Moh...kite makan dulu....ikut sunah Nabi makan "bertalam" hehehe....
Bosan menanti rengutan sang ikan
hasil pertama malam tu seekor Sembilang.....
Keadan mula galak dengan rengutan ikan namun tidak berhasil......
tiba2 kami terkejut dengan bunyi desingan drag yang kuat dr rod iskandar....perghhhh melentur mcm bentuk U .....cuba mengawal situasi dgn mengunci drag sikit demi sikit.....lompatan sang ikan menandakan seekor Giant Barramundi sedang bertarung melepaskan diri. Berjaya membawa ketepi pantai belum tentu ikan itu dpt dijinakkan lantas Kail segera menebarkan jala ke arah ikan bg memastikan ikan dpt ditewaskan sepenuhnya....rabak juga jala Kail...takpe asal ikan dpt koyak jala bole dijahit tul tak.
Nah....Giant Barramundi 5kg yg berjaya dinaikkan
Iskandar dibantu oleh Kail...hehehe
Selang berapa minit kail Rezal pula bagai nak meletop disentap kasar...... semua mata tertumpu pada aksi Rezal dan mangsa yg cuba ditewaskan itu.....aksi tarik menarik berlangsung agak lama, Rezal yg lebih behati2 mengambil langkah selamat dengan memberi byk ruang pada mangsa dalam usaha meletihkannya....
Akhirnya yg diburu menyerah diri "MISSION COMPLETED" seekor Giant Ray dapat ditewaskan....kepuasan dirasai oleh kami, pari seberat 8kg surrender pd kami
Rezal dan mangsa yang dijinakkan..
Tak sempat celebrate kejeyaan menaikkan pari rod Anuar plak diduga oleh seekor siakap lebih kurang hebat juga...persainangan sengit wlupun Anuar masih baru dalam bidang tp itu bukan penghalang untuknya menjinakkan siakap...kematangan jelas ditunjukkan dalam menangani rengutan siakap.
Anuar dgn Baramundi yg sedikit kecil dr 1st catch tadi
Embun pagi mula menitis lewat jam 2 pagi air laut mula pasang memasuki kuala Sg.Dingding....kami mula beredar ke kawasan yang masih belum ditengelami air dan bersiap siap utk pulang dengan hasil yang agak lumayan. senyum menyeringai di setiap bibir kami, Kail pun bole tahan juga kail tebar malam ni
Sebahagian hasil tebaran maut dari Kail
ketam dan pari kecil pun jadi mangsa
Setakat ini dulu entri kail buat tatapan semua pembaca tegar Kail Sejengkal....pada yg menegur pasal blog kail yg lama tak ada entri baru Kail ucap tima kasih sbb prihatin pd blog ni, bukan apa Kail agak busy sikit tahun ni tak ada kesempatan utk trip memancing..... semoga berjumpa lagi di entri yang akan datang....mungkin entri akan datang masih lg port terbaik ni masih banyak yang perlu dibongkar disitu....
ok la Kail undur diri dulu nak jahit jala yang koyak dek rembatan sang siakap.... Assalamualaikum
Join Us:-
Kail Sejengkal
Rezal
Anuar Hishamuddin
Iskandar.........
"TAKKAN PEMANCING HILANG DI DUNIA"