Powered By Blogger

Sunday 4 December 2011

"AIR MATI DI MUARA"

Hari minggu di isi dgn akticiti memancing di Port biasa....namun tiada sebarang harapan menggunung di sandarkan memandang minggu ni air mati dimana fenomena biasa pabila air bergerak perlahan dan tak bergerak langsung.....situasi ni tidak sesuai utk pancingan pesisir pantai kerana ikan didapati agak kurang aktif pd waktu ini ..

Bersama Harun dan Hassani kami mencuba nasib di muara bakau selat dinding, berbekal umpan udang hidup yang dibeli RM25.....cukup utk sampai petang.
Harun bersama hasil tangkapan............ok la tu
rezeki anak-anak

Pada sebelah paginya hanya kejutan sekor ikan tetanda shj yg berjaya dinaikkan sebelum keadaan sunyi sepi tanpa sebarang rengutan hingga pukul 2 petang.


Atas: harun mencuci bekas umpan sebelum pulang..
Tengah: Gua beraksi bersama ikan termahal yg Harun naikkan hari itu
Bawah: Hassani mengemaskini peralatan perang nya...
dia berjaya naikkan 5 ekor sembilang petang tu

Walaupun keadaan air yg tak berapa cantik hari tu namun port ni tidak menghampakan  kami untuk meraih hasil yg agak menarik wlupun aku hanya berjaya naikkan beberapa ekor gerut-gerut.



Kami bertolak pulang awal pd ptg tu memandangkan cuaca agak mendung....
Semoga bertemu dilain entri
TAKKAN PEMANCING DI DUNIA

No comments:

Post a Comment