Powered By Blogger

Saturday, 14 January 2012

TRIP KAPAL KARAM DAN SEKITAR KARANG PANGKOR

Assalamualaikum semua pembaca setia blog ni....terlebih dahulu ucapan time kasih sbb jdkan blog ni sebagai wadah bacaan n perkongsian ilmu memancing kita.....
Trip kali ni adalah meneroka kawasan kapal karam dan karang sekitar pangkor...






 Panorama  kawasan kapal karam

Bertolak pagi selepas abis aktiviti senamrobik aku terus bergegas pulang setelah berjanji ngan geng2 sepemancing aku.....
terdiri dr Haziq, Hamdan, Amerul dan Hasanni.....setelah menetapkan bot yg hendak di naiki aku dan haziq singgah di stesen minyak utk mengisi minyak bot....mmmm RM40 penuh tong 20 ltr....

Kami bertolak dr jeti pd jam 8.50 dan sampai dikawasan karang pangkor pd jam 0935.....agak laju jga menggunakan enjin sangkut 40hp suzuki ni...mmmm minyak pun kedarah kuat jga. Tanpa buang masa kami mula melabuhkan umpan udang hidup... sambil menduga lubuk2 kerapu... maklum la GPS xda so main agak je la melalui pengalaman2 yg lepas ketika bersama tekong Adam......agak krg memberansangkan krn sambutan ikan dikawasan tu agak slow... kami amik pendekatan utk mencuba nasib di kawasan kapal karam.....dikawasan 2 sempat la jga bermain selar kuning n tamban dgn menggunakan teknik appolo....
namun di situ jga langsung tiada rengutan dr sang ikan.....jd kami berpatah balik ke kawasan karang pangkor...terdapat beberapa buah bot pemancing di kawasan tersebut
Setelah berubah tempat baru pancing mula mengena dgn Haziq memulakan langkah sulung dgn menaikkan sembilang karang.....mmmmm kira lesen la kemudia sorg demi sorg menaikkan ikan ....tp klu nak kira champion hasani la sbb dia yg paling byk menaikkan ikan hingga jels jga kami tgk...lps dia, dia...lps dia...dia arghhhhhhh
ini x bole jd...
jam menunjukkan pukul 2 ptg, kami mula ubah port kawasan berbatu berhampiran bousted dorkyard....dulu kawasan 2 mmg power tp skrg agak kurang...disitu aku menaikkan beberapa ekor gelama manakala Amerul berjaya menaikkan seekor belukang yg agak besar mmmmm buat gulai sodappp.....
setelah agak lama disitu dgn hasil yg agak kurang kami amik kptsn utk memancing di port keramat kami dgn harapan ada ikan yg mantop yg bole di bawa pulang



 Beberapa aksi dr Haziq dan Hamdan


Amerul dgn aksi yg tersendiri........
muka selamba gua hahahah......

 opsss....ni bukan gua pya tp Amerul pya gua tumpang glamer je 
hihihihiihi.........

 Amerul bersama kerapu batik yg nmpk sgt mengujakan

 wahhhh haziq besar nampak tp igt!!!!
gua yg naikkan ikan 2 hahahahahahahahaha...

Bukan nak ckp la ...macamana pun port keramat kami x penah menghampakan krn amerul n haziq berjayya menewaskan kerapu size A wlupun hari agak ptg ....knp dgn petang ? sbb port ni klu petang ikan kurang galak utk meragut umpan tp ptg bole la ...aku pun dpt jga naikkan bebrpa ekor kerapu kecil.......apapun port ni mmg superb.......




Ini je hasil yg kami perolehi ...xda la lumayan sgt
tp bole la nak buat lauk2.......

Jam menunjukkan hampir pukul 6 ptg kami bersiap2 utk pulang......bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan kpd kami.....sesampai di jeti nak x nak mesti nak pekena koew teow basah kak nor, yg mana gerainya hanya terletak berhampirang dgn jetty....so biasa la regular customer katakan....kena la singgah lgpun perut mmg tgh lapar giler time tu......

Sekian dulu entri pd kali ni hingga berjumpa lg di entri yg akan dtg......(tgh plan nak g kelong kat selangor,,dgr citer menarik.apapun tunggu yerrrrr.....)

CREW ON TRIP:
AKU
AMERUL
HAZIQ
HAMDAN
HASSANI................

"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"





Wednesday, 4 January 2012

SPRATLY IN MEMORY

Assalamualaikum....bersua kembali kita pd entri kali ni...SPRATLY sebuah kepulauan yg berada di tgh2 laut cina selatan didalam sector CONDORE, juga dikenali sebagai GUGUSAN SEMARANG PENINJAU....Terdiri dr gugusan batu karang, beting2 pasir pulau2 kecil yg berjumlah ribuan buah juga menjadi rebutan beberapa buah negara disekitarnya menjadikan ianya sebagai kawasan tuntutan bertindih..aku pernah bertugas disana pada awal tahun 2000 selama 2 tahun....pengalaman mmg menakjubkan....bg insan kaki pancing ia diibaratkan seperti syurga pemancing krn di sana ikan perghhhhhhhh mantap beb, tempat yg bole dikatakan masih dara, apa tidaknya, disana aktiviti nelayan tidak dibenarkan krn ia kawasan yg dikawal oleh military...
Terdpt 5 buah pulau yg di tuntut oleh kerajaan kita dan dikawal oleh TLDM dgn menempatkan anggota disana. Pulau2 tersebut adalah layang2, ubi, mantanani, siput dan peninjau. Ketika itu aku bertugas di mantanani, terumbu ketiga terbesar selepas terumbu ubi dan peninjau


atas: terumbu mantanani (tempat aku dulu)
bawah: terumbu layang2...(dulu kecil je pulau ni skrg runway 
pun dah ada terbaekkk

Aktiviti memancing kat sini jarang menggunakan rod, krn kami disini lebih byk menggunakan koyan iaitu alatan memancing yg berbentuk bulat. Manakala umpan yg paling feveret kat sini adalah umpan hidup dan sotong kurita....jenis2 ikan kat sini muaahahahaha nk citer pun mmm paham2 la ikan yg mencecah ribuan ringgit pun ada seperti yellow fin tuna, blue fin tuna, marlin, layaran, belitung , GT, tenggiri biru pelbagai jenis kerapu antaranya bara, pisang sunuh dll....manakala ikan snaper mengambil tempat dgn pelbagai jenis  klu nk tulis mmg byk syurga ikan...

Cuaca disini juga tidak menentu maklum la tgh laut ribut ni biasa bg kami....ombak setinggi 5 6 meter bole dikatakan selalu....
Teknik mencari port amat penting ini kerana apabila mencari port yg sesuai mesti kena pandai baca current, angin dan batu karang. Ini kerana utk memastikan sauh yg dilabuhkan bersesuaian dgn angin dan arus klu silap mesti bot tersangkut atas karang.....Memancing dikawasan ini juga kita bole pilih ikan seperti klu nk pilih ikan jenis snapper dasar berpasir amat berpotensi dlm menaikkan ikan ni....klu nak main kerapu bara, kerapu pisang atau senuh kawasan berkarang amat baik....manakala jika hendak main ikan spesies mahal kawasan dinding karang yg mempunyai kedalaman ratusan n ribuan meter menjadi port. Disini aku tampilkan sebahagian gambar2 sewaktu aku disana utk tatapan pembaca semua...........

 bersama eddie minta tolong angkat
berat beb GT ni 13kg sampai terjun laut la 
aku dibuatnya tgk abis basah kuyup aku dek penanagan GT ni

Kerapu sunuh 7kg dgn menggunakan 
teknik pancingan dasar@bottom
 spesies mahal...maming tanduk ini baru anak...
klu induknye paham2 je la isi lembutttttttt je

 sebahgian dr hasil pancing disekitar dinding terumbu
amat mengujakan

hasil yg dibawa pulang oleh geng paskal
time nu gua x pegi itu yg berkain pelekat je tumpang 
bergambar je la sunuh n kerapu  bersaiz 3-7kg

 ni la swimming pool kitaorangx dalam cuma 10 meter je..

 gerepoh@ GT@ sagai@ putih@nyok2
ikan yg sama nama berlainan mengikut tempat

 tekong ni antara yg termantap mmg pakar lubok 
di area terumbu mantanani...klu turun ngan dia insyaallah
takkan pulang kosong (aku la tu hihihih)

ikan pisang@landok saiz sederhana....
klu nak mancing ikan ni kat kawasan berpasir
mmg banyak.....

 
 bersama bro muslim, dia ni bajau laut
sifu aku yg byk ajar aku tntg ilmu kelautan
Jerong pun jd mangsa beb...hahahah ganas....ganas


 musim burung laut bertelur

Musim burung bertelur diantara bulan november hingga mac, ini kerana burung2 ni berhijrah dr kawasan sejuk ke kawasan tropika utk bertelur....Gambar burung kat atas adalah dikawasan berpasir yg apabila surut kawasan berpasir akan timbul tetapi bila air pasang kawasan pasir tersebut hampir tenggelam ini membuat pihak kami menghalau burung ke kawasan yg agak tinggi agar telur2 burung tak ditenggelami oleh air pasang....kdg2 kawasan ni jd port kitaorg main bola hhahahahaha time air surut la

di terumbu ini juga terdapat beberapa tempat sepetrti dolphin lagoon, shark cave dan turtle bay.....seperti di shark cave terdapat byk jerong jenis Hammerhead dikawasan ni.....manakala turtle bay bebrapa spesies penyu seperti penyu hijau, karah, sisik wujud dikawasan tersebut......
Cuba anda perhatikan gambar ini baik2....ini gambar seekor paus yg kebiasaan akan timbul dikawasan dinding terumbu karang....dikawasan berombak adalah kawasan karang yg hya kedalaman paras lutut je tp dikawasan paus tersebut karang ini menjunam sehingga ribuan meter....itulah keajaiban Allah SWT.....
Paus ni ada beberapa kumpulan dan akan mengunjungi setiap musim penghijrahan paus dr utara ke selatan pasifik....ini kerana paus ni hya dlm perjalanan ke selatan dan tidak menetap dikawasan ni sbb paus memerlukan cuaca yg sejuk.....tp gambar diatas bukan la paus sperma cuma aku x tahu paus jenis apa itu main hentam je nama sperma....

Apapun kehidupan disini mmg terbaik dan menyeronokkan bg kaki pancing seperti aku....puas....mmg puas pendek kata kat sini apa yg takde ....semua ada dr sekecil2 ikan hingga sebesar2 ikan....itulah dikatakan anugerah kpd ku dpt merasai penglaman2 hebat ni.....tak semua org dpt kesini....hanya yg terpilih shj

Sekian la dulu entri aku pd kali ni di harap korang semua enjoy dgn penulisan aku yg tak seberapa ni....hanyalah utk berkongsi pengalaman dgn korang semua....Assalamualaikumm......

"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"