Terdpt 5 buah pulau yg di tuntut oleh kerajaan kita dan dikawal oleh TLDM dgn menempatkan anggota disana. Pulau2 tersebut adalah layang2, ubi, mantanani, siput dan peninjau. Ketika itu aku bertugas di mantanani, terumbu ketiga terbesar selepas terumbu ubi dan peninjau
atas: terumbu mantanani (tempat aku dulu)
bawah: terumbu layang2...(dulu kecil je pulau ni skrg runway
pun dah ada terbaekkk
Aktiviti memancing kat sini jarang menggunakan rod, krn kami disini lebih byk menggunakan koyan iaitu alatan memancing yg berbentuk bulat. Manakala umpan yg paling feveret kat sini adalah umpan hidup dan sotong kurita....jenis2 ikan kat sini muaahahahaha nk citer pun mmm paham2 la ikan yg mencecah ribuan ringgit pun ada seperti yellow fin tuna, blue fin tuna, marlin, layaran, belitung , GT, tenggiri biru pelbagai jenis kerapu antaranya bara, pisang sunuh dll....manakala ikan snaper mengambil tempat dgn pelbagai jenis klu nk tulis mmg byk syurga ikan...
Cuaca disini juga tidak menentu maklum la tgh laut ribut ni biasa bg kami....ombak setinggi 5 6 meter bole dikatakan selalu....
Teknik mencari port amat penting ini kerana apabila mencari port yg sesuai mesti kena pandai baca current, angin dan batu karang. Ini kerana utk memastikan sauh yg dilabuhkan bersesuaian dgn angin dan arus klu silap mesti bot tersangkut atas karang.....Memancing dikawasan ini juga kita bole pilih ikan seperti klu nk pilih ikan jenis snapper dasar berpasir amat berpotensi dlm menaikkan ikan ni....klu nak main kerapu bara, kerapu pisang atau senuh kawasan berkarang amat baik....manakala jika hendak main ikan spesies mahal kawasan dinding karang yg mempunyai kedalaman ratusan n ribuan meter menjadi port. Disini aku tampilkan sebahagian gambar2 sewaktu aku disana utk tatapan pembaca semua...........
bersama eddie minta tolong angkat
berat beb GT ni 13kg sampai terjun laut la
aku dibuatnya tgk abis basah kuyup aku dek penanagan GT ni
Kerapu sunuh 7kg dgn menggunakan
teknik pancingan dasar@bottom
spesies mahal...maming tanduk ini baru anak...
klu induknye paham2 je la isi lembutttttttt je
sebahgian dr hasil pancing disekitar dinding terumbu
amat mengujakan
hasil yg dibawa pulang oleh geng paskal
time nu gua x pegi itu yg berkain pelekat je tumpang
bergambar je la sunuh n kerapu bersaiz 3-7kg
ni la swimming pool kitaorangx dalam cuma 10 meter je..
gerepoh@ GT@ sagai@ putih@nyok2
ikan yg sama nama berlainan mengikut tempat
tekong ni antara yg termantap mmg pakar lubok
di area terumbu mantanani...klu turun ngan dia insyaallah
takkan pulang kosong (aku la tu hihihih)
ikan pisang@landok saiz sederhana....
klu nak mancing ikan ni kat kawasan berpasir
mmg banyak.....
bersama bro muslim, dia ni bajau laut
sifu aku yg byk ajar aku tntg ilmu kelautan
Jerong pun jd mangsa beb...hahahah ganas....ganas
musim burung laut bertelur
Musim burung bertelur diantara bulan november hingga mac, ini kerana burung2 ni berhijrah dr kawasan sejuk ke kawasan tropika utk bertelur....Gambar burung kat atas adalah dikawasan berpasir yg apabila surut kawasan berpasir akan timbul tetapi bila air pasang kawasan pasir tersebut hampir tenggelam ini membuat pihak kami menghalau burung ke kawasan yg agak tinggi agar telur2 burung tak ditenggelami oleh air pasang....kdg2 kawasan ni jd port kitaorg main bola hhahahahaha time air surut la
di terumbu ini juga terdapat beberapa tempat sepetrti dolphin lagoon, shark cave dan turtle bay.....seperti di shark cave terdapat byk jerong jenis Hammerhead dikawasan ni.....manakala turtle bay bebrapa spesies penyu seperti penyu hijau, karah, sisik wujud dikawasan tersebut......
Cuba anda perhatikan gambar ini baik2....ini gambar seekor paus yg kebiasaan akan timbul dikawasan dinding terumbu karang....dikawasan berombak adalah kawasan karang yg hya kedalaman paras lutut je tp dikawasan paus tersebut karang ini menjunam sehingga ribuan meter....itulah keajaiban Allah SWT.....
Paus ni ada beberapa kumpulan dan akan mengunjungi setiap musim penghijrahan paus dr utara ke selatan pasifik....ini kerana paus ni hya dlm perjalanan ke selatan dan tidak menetap dikawasan ni sbb paus memerlukan cuaca yg sejuk.....tp gambar diatas bukan la paus sperma cuma aku x tahu paus jenis apa itu main hentam je nama sperma....
Apapun kehidupan disini mmg terbaik dan menyeronokkan bg kaki pancing seperti aku....puas....mmg puas pendek kata kat sini apa yg takde ....semua ada dr sekecil2 ikan hingga sebesar2 ikan....itulah dikatakan anugerah kpd ku dpt merasai penglaman2 hebat ni.....tak semua org dpt kesini....hanya yg terpilih shj
Sekian la dulu entri aku pd kali ni di harap korang semua enjoy dgn penulisan aku yg tak seberapa ni....hanyalah utk berkongsi pengalaman dgn korang semua....Assalamualaikumm......
"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"
No comments:
Post a Comment