Assalamualaikum...bertemu lagi kita kali ni ...kail xda nak bercerita panjang dlm entri kali ni sbb kail nak buat makan2 malam ni jemput sedara2 makan malam kat umah maklum la dpt ikan besar katakan hahaha....murah rezeki Allah kepada kail harini....
Bergerak ke lokasi memancing agak lambat sbb terpaksa pergi jadi penyokong mini olimpik....maklum la tgh musim minggu sukan sekarang ......dgn harapan dpt booked tiang no 8 kail bergerak lewat mungkin akan hampa ye la kan hari minggu mesti orang ramai...betul jangkaan kail org dah penuh kat tiang 8 terpaksa kail menduga tiang 9 yang belum pernah kail try kat situ....nmpknya kail sorang je ada harapan qonquer keliling tiang......pukul 11 kail memulakan aksi....keadaan air surut amat rendah menyebabkan kedudukan paras laut dgn kail agak tinggi....permulaan dikala air surut agak baik krn kail menaikkan 2 ekor kerapu saiz kecil...lebih kurang 3 jari korang semua la....kemudian tiang 9 tempat kail memancing ada tetamu yang bertandang ....sorang pemancing lepak kat tiang kail ada la jga member sembang...orang Teluk Intan...
Selang beberapa ketika di kala air laut mula bergerak pasang 1 demi 1 ikan, kail naikkan. Rezeki kail agak murah harini seekor jenahak seberat 700gram merengut pancing merah milik kail.....
jenahak 700gram bersama "Si Pancing Merah"
selang berapa minit sekali lagi pancing merah kail menaikkan kerapu size A seberat 1 kilo 200g....hahahaha....tabik la kau si pancing merah....sejak2 kebelakangan ni dia tak penah miss menaikkan size yang terbaik....walaupun dikalangan set2 joran milik kail si pancing merah adalah yang paling low cost berbanding joran milik kail yg lain pendek kata dia yang paling murah la tp dia yang paling hebat so kesimpulannya jangan kita memandang rendah pada setiap joran kita tak kira la ia mahal atau murah,,,,,,,,,
naik lagi beb......mantappp kerapu batik....
Wahhhhh....gred A maaa.....

Petang tu kail agak terkejut sebab air laut pasang besar sehingga naik keatas pelantar tiang yang memaksa kail untuk pulang sebab air naik sampai ke paras betis...memang tak boleh mancing lagi......
Disebabkan situasi tersebut kail terus berkemas sebelum perkakas dibawa air laut...
Apapun sebelum berpisah satu je pesan kail jgn memandang rendah pada sesuatu yg x berharga kerana wlupun apapun dia tetap hak milik kita.....selain itu juga ia adalah anugerah Allah SWT kpd kita...sekian dulu berjumpa di lain entri wassalam...
"TAKKAN PEMANCING HILANG DI DUNIA"
lumayan hasilnya ! boleh dimakan sekeluarga, siap sedekahkan pada jiran tetangga lagi kan ...
ReplyDeleteseronok baca entry lama-lama ni, lebih dari 12 tahun dahulu ceritanya
ReplyDelete