Powered By Blogger

Thursday, 15 August 2013

PANCING RAYA@FAMILY

Bertemu kita buat kesekian kali pd entri kali ni kail nak share dgn para sahabat pemancing semua, trip memancing di kolam air masin. Pada raya ke 4 baru2 ni kail bersama ahli keluarga kail membuat 1 trip memancing bersama keluarga di kolam memancing O-KAY di Sg Jagung Sg Petani. Perjalanan yg mengambil masa 1/2 jam  kami sampai tepat pukul 15.15 petang. Bersama pemancing tegar kolam berkenaan iaitu Paklang merangkap biras kail yg acap kali ke kolam tersebut mmg sudah dikenali oleh Tok Mail pemilik kolam O-KAY.

Suasana tenang di kolam O-KAY milik Pak Mail

Mula melabuhkan pancing dgn menggunakan bottom style kaedah serampang dua mata berumpan ikan kembung segar kami mula menghitung nasib. Detik demi detik ditunggu  seakan tiada 1 umpan pun diragut sedangkan pemancing2 yg lain sibuk menaikkan hasil pancingan masing2. Seolah seperti mati kutu anak sedara kail ee dan abang jan menukar port bersebelahan sangkar dengan harapan dpt menaikkan tangkapan, hampir 3 jam menunggu taktikal abg jan menjadi dgn menaikkan jenahak seberat 2 kilo.

Jenahak yang ditewaskan Abg Jan hampir seberat 3 kilo

Dengan tertewasnya jenahak tersebut menyemarakkan lg semangat kami utk menewaskan penghuni kolam milik Pak Mail. Sejam selepas itu skali lagi rod abg jan disentap jenahak, ikan yg agak agresif ni memberi aksi yg agak menarik, melarikan umpan ke kawasan kayu dan sangkar dlm usaha melepaskan diri. Akhirnya usaha itu memakan diri krn jenahak tersebut melekat di jala sangkar. Ed anak sedara kail cuba untuk menaikkan jenahak tersebut tetapi agak sukar memandangkan keadaan yg telah gelap....akhirnya tali pancing dipotong bg memudahkan ikan didaratkan agar tidak berputih mata. Perghhhh dah 2 ekor abg jan..kami yg berenam masih belum nmpk hasil lg.....
 Ed bergaya bersama Jenahak Abg Jan yang
di'rescue' olehnya

Paklang (otai) dah mula menyuarakan keresahan lantaran belum ada rengutan dr sang ikan....paktam pula dah kehulu ke hilir dgn abg chik mencari port terbaik. Kail pula mengambil keputusan menyertai abg jan yg duduk ditepi sangkar sambil abg jan menunjuk arah bearing yg betul agar lontaran umpan jatuh tepat dilokasi yg dikenal pasti sebagai lubuk. Sambil berbual dgn mertua kail akak ipar kail kembali dr membeli nasi utk santapan yg sememangnya lapar.... agak lama menunggu keadaan kembali tegang .... 3 4 kali rod Ed di sentap namun kesemuanya "cekelat angin" ini kerana rod yg digunakan tidak sesuai yg mana rod yg tersebut hya 15 paun dan dihujungnya agak lembut agak sukar utk melayan ikan yg bagak2....Akhirnya kegagalan Ed di manfaatkan oleh Kail dgn menaikkan seekor ikan Angsai bersaiz besar pd lewat malam tu...perghhhh mmg lepas geram kail yg lama menanti.....

 Angsai yang tertewas ditangan Kail yg mulanya 
disangkakan siakap merah.

Diseberang sana EE berjaya mendaratkan seekor jenahak.....pertarungan seakan bermula pd lewat malam tu. Selepas x berapa lama rod milik kail di sentapa agak kasar, dengan kelengkapan rod Daiwa dan mesin Abu Garcia L750N cardinal, kail bertarung dgn lawan yg agak agresif....desingan drag seakan menunjukkan lawan kail ni bukan calang2.....namun kehebatan ikan kolam x sehebat ikan di lautan...ikan kolam cepat letih. Akhirnya jenahak besar di tewaskan kail......mmg berhasil port yg di berikan oleh abg jan. Selang berapa minit EE yg sering bersama Paklang skali lagi menaikkan  jenahak .... kehampaan jelas terpancar di wajah Paklang, skillnya seakan tidak menjadi pd malam itu....
 Jenahak yang cuba menguji kehandalan Kail akhirnya tunduk dengan 
kehandalan Kail...handal ke? dah rezekikan.

 EE bersama jenahak yang berjaya dijinakkan,
semakin matang EE sekarang.

Tapi sebenarnya kail mengharapkan dapat bertarung dgn ikan baramundi@siakap yg sememangnya cukup handal utk dilayan tp malangnya tiada 1 pun siakap yg mengena malam tu ...mgkn petang hari tu terlalu byk siakap yg didaratkan pemancing lain. Apapun kail puas dgn hasil yg bole dikatakan balik modal. Pengalaman kail memancing kolam air masin buat pertama kali ni membuatkan kail dapat mempelajari teknik teknik memancing yg mana lain tempat lain caranya...di kolam teknik straw yang diletakkan pada tali sebagai 'marking' untuk melihat umpan telah disentap oleh ikan atau tidak....dan juga perambut ciptaan paklang juga memberi 1 kaedah pancingan yg bole dicuba oleh Kail sendiri nnt.....

Sekian dulu entri untuk kali ni. Semoga kita dapat berjumpa lg di entri yang lain diharap lebih banyak skill dan kaedah memancing serta tangkapan2 yang terbaik dapat Kail kongsi bersama anda semua
Assalamualaikum....

Join the trip:
Paklang
Paktam
Abg Jan
Abg Chik
EE
Ed......and Kail Senjengkal.

"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA" 

No comments:

Post a Comment