The Snapper bukanlah istilah bagi penembak tepat sahaja tetapi ia juga nama bagi ikan jenahak yang mana spesies ini banyak terdapat dikawasan sub-tropika. Menjadikan kawasan batu karang dan kawasan muara sebagai tempat buruan. The Snapper juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk bergantung pada kawasan yang didiami ikan tersebut. Menjadikan krustasia kecil dan ikan yg lebih kecil sebagai mangsa, ikan ini amat agresif sekiranya kita bertarung dengannya. Warnanya yang keemasan menyerlahkan lagi ikan ini sebagai ikan yang cantik. Mempunyai pasaran yang baik.
warna keemasan menjadikan ikan ini amat cantik
Pelbagai teknik pancingan yang boleh digunakan untuk menjinakkan ikan ini, samaada teknik bottom, casting, jigging, popping dll boleh dicuba. Sepanjang penglibatan Kail dalam dunia pancing, The Snapper adalah salah seekor ikan favourite Kail sekiranya Kail turun ke laut.
Rizal bersama The Snapper
yang ditewaskannya di Kelong Ah Heng
Sekarang untuk mendaratkan The Snapper yang bersaiz bagak dikawasan Kail sekarang agak susah, ini kerana pembangunan dikawasan kediaman spesies ini telah diterokai dan dimusnahkan, paya bakau habis dimusnahkan, kawasan kuala ditambak untuk pembinaan resort atau chalet. Malah dikawasan batu karang juga di musnahkan dengan aktiviti2 yang tidak bertanggung jawab seperti penggunaan dynamite, ini sekaligus memusnahkan habitat perikanan.
![]() |
Kail bersama Snapper Muara
Kail bersama The Snapper Kepulauan Spratly....
sexy tak abg Kail :)
Pengharapan dari Kail, berharap sangat agar spesies cantik ini tidak pupus disebabkan kerakusan kita sendiri. Kita sebagai pencinta dunia memancing ini juga bole bersama sama memulihara agar spesies ini di jaga, teknik "catch and release" juga baik diamalkan, Kalau tengok saiz kecil sangat tu ada baiknya kita lepaskan semula kalau besar terpulang la pada individu. Semoga bertemu di entri yang akan datang, sokongan dan kesudian tuan puan yang melawat blog Kail Sejengkal amat Kail hargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Semoga dengan sokongan itu memberi semangat untuk Kail meneruskan penulisan ni.
Sekian .....
"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"
No comments:
Post a Comment