Powered By Blogger

Thursday 22 December 2011

"SOLO"

Assalamualaikum ....bersua kembali kita di coretan kesekian kalinya... "SOLO" bukan bemaksud aku mancing di lembangan solo Indonesia hehehe tapi kali ni aku bergerak secara solo (sorang diri) sebab memandang hya aku ja yg sedang bercuti posting so member2 tak ada itu yg aku lone ranger je....
Berbekalkan pancing2 keramatku, aku mula bergerak ke lokasi Tuanku Bainun... beli udang hidup RM10 je berbaloi la aku sorang ja cukup la sampai petang... sampai di Tuanku Bainun Ah Heng plk takde...biasa la Ah Heng ni mcm teksi la yg bawa pemancing2 ke tiang2 yg hendak ditujui....aku menelepon apek, rupanya dia masih kat kelong miliknya....
10minit kemudian Ah Heng sampai aku ckp kat dia tiang biasa apek....tiang no 8...dia ckp ok.....nmpknya ada sorg pemancing kat tiang 8, ok la takde la nk berebut tempat sgt....selesai menyiapkan perambut aku mula melabuhkan ladung2 ke laut........




Atas: Penantian seorang pemancing amat diperlukan..
hanya yg sabar yg berjaya.
Bawah: Senjata2 ku sedang menanti rengutan sang ikan.

Sentapan pertama ku adalah seekor anak tetuka kecil....atas rasa murah hati aku beri pd "teman" sepemancing ku ketika itu sbb aku tgk dia mmg tgk collect tetuka....
Saat pertempuran bermula taktala jam tepat 12 tghari....
Seekor demi seekor kerapu berjaya dinaikkan......sedang asyik melayan rengutan kerapu tetiba joran Daiwa berenjinkan Shimano Alivio 6000 berdesing kuat hampir2 nak terjatuh joranku kelaut, aku terus menerpa ke joranku....pertarungan bermula ....aku memberi ruang pd ikan tersebut utk melarikan diri....dlm hatiku hya memikirkan jenahak atau bapak kerapu kerana aksi yg terlalu ganas,,,,,kemudian giliranku utk menentangnya aku mula mengunci drag lalu cuba tarik dia naik ke permukaan......bila nmpk kelibatnya...terkejut krn jangkaan ku meleset....bapak siakap putih....aku kenal sgt ikan ni pya  penangan so aku amik langkah berhati2 agar dia tak melompat krn klu dia lompat sure terlepas...memandangkan paras air dan tempat aku agak tinggi aku terpaksa memaksa siakap tu letih supaya mudah menaikkan krn penyauk aku tak bawa. Situasi cabar mencabar berlangsung sehingga ikan tersebut terpaksa akur dgn kehebatan ku hahahahahaha .....Riak betul aku ni hihhhihihihi....dgn hati2 aku memegang tali dan henjut naik keatas dgn pantas wowwwww mmg besar.....sekaligus dpt menewaskan musuh tradisi ku HAZIQ.....selama ni dia kerek dgn siakap 4kg dia tp kali hahahahaha 6kg .....apalagi Haziq beat la klu bole hahahaha.....


Beberapa post menarik yg dapat aku tampilkan diatas...memang berbaloi bertarung ngan musuh ku ni....6kg tp ada juga siakap ni bg penampar kat aku se das sakit juga tp apapun mmg puas hati....cacthing ku ni segera ku sampaikan pd member2 sepemancingku hahaha.....puassssss.......
 Antara beberapa tangkapan yg tidak seberapa dan juga hasil mencandat tamban....

Awan mendung mula berarak lewat petang tu menandakan hari nak hujan...aku mula bersiap utk pulang di samping perut yg agak lapar dan kepala yg mula berdenyut....aku tepon Ah Heng.... apek tu datang amik aku dan singgah di tiang 7 krn ada pemancing yg ingin balik sambil mereka memuji2 ikan siakap ku yg terdampar di atas bot hidung ku kembang kempis bangga hahahahaha...tak sampai disitu shj kebetulan di parking lot tunku bainun sekumpulan keluarga2 cina entah dr mana ada kt situ sempat memberi tepukan bila aku naik sambil menjinjing ikan ...mmmm bertambah bangga la sbb port situ jarang siakap besar dinaikkan klu pari mmg biasa la......

Sekian dulu entri ku pada kali ni apapun semua ni adalah rezeki dr Allah SWT...kita harus bersyukur pdNya...
Sehingga berjumpa lagi di lain entri.........

'TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA'

Sunday 4 December 2011

"AIR MATI DI MUARA"

Hari minggu di isi dgn akticiti memancing di Port biasa....namun tiada sebarang harapan menggunung di sandarkan memandang minggu ni air mati dimana fenomena biasa pabila air bergerak perlahan dan tak bergerak langsung.....situasi ni tidak sesuai utk pancingan pesisir pantai kerana ikan didapati agak kurang aktif pd waktu ini ..

Bersama Harun dan Hassani kami mencuba nasib di muara bakau selat dinding, berbekal umpan udang hidup yang dibeli RM25.....cukup utk sampai petang.
Harun bersama hasil tangkapan............ok la tu
rezeki anak-anak

Pada sebelah paginya hanya kejutan sekor ikan tetanda shj yg berjaya dinaikkan sebelum keadaan sunyi sepi tanpa sebarang rengutan hingga pukul 2 petang.


Atas: harun mencuci bekas umpan sebelum pulang..
Tengah: Gua beraksi bersama ikan termahal yg Harun naikkan hari itu
Bawah: Hassani mengemaskini peralatan perang nya...
dia berjaya naikkan 5 ekor sembilang petang tu

Walaupun keadaan air yg tak berapa cantik hari tu namun port ni tidak menghampakan  kami untuk meraih hasil yg agak menarik wlupun aku hanya berjaya naikkan beberapa ekor gerut-gerut.



Kami bertolak pulang awal pd ptg tu memandangkan cuaca agak mendung....
Semoga bertemu dilain entri
TAKKAN PEMANCING DI DUNIA

Monday 28 November 2011

SIREH PULANG KE GAGANG.....

Assalamualaikum,,,,,kembali kita kali ini utk utk bersama2 berkongsi pengalaman memancing bersama saya. Semalam saya dan kawan2 sepemancing turun  ke "port berhantu" kami yg telah 4 bulan kami tinggalkkan. Kami pergi berlima terdiri dari Saipul, Amerul, Haziq, Hamdan dan saya sendiri...terdetik di hati "semalam hujan lebat mmm mungkin air sejuk" tips utk memancing di laut klu air sejuk hasil agak kurang...tapi memikirkan bot pun telah boking dari Mr Ah Seng maka kami bergegas juga pergi wlupun pagi semalam hujan renyai2 ...nekad je lahhh. Aku sampai dulu ke pelantar bot, sambil menunggu kawan2 aku berborak dgn Ah Seng yang mengeluh tentang cuaca yg tidak menentu sekarang sambil merungut sbb kerana hujan yg kerap dia tak dapat tgk cerita binatang kat Astro ...aku tersenyum sinis, lawak pun ada sambil isteri dia menyampuk sekali sekala sambil mengasingkan umpun2 untuk dijual.....nak dijadikan cerita kereta si Amerul plak rosak...maka lambat sikit la dorang sampai...air semakin surut risau jga takut kalau terlalu surut bot tak dapat keluar....mmmmmm mmg teruk air pagi  ni...keruh macam air sungai Perak macam teh susu pun ada, tak penah air jadi macam ni...dalam pikiran aku mmmm macam x best je nak mancing harini,,,tapi rezeki Allah siapa yg tahukan...sesampai je geng2 aku ..aku terus beli umpan udang hidup...sempat lg beli nasi lemak di kedai roti canai "ganja" berhampiran situ mmg ramai sgt org kat situ roti canainye sedap.... mula bertolak dgn bot tepat jam 9 pagi

Atas: aksi kawan2 aku dan budak mereng Si Haziq
Bawah: Gambar tekong Pak Mat (aku la tu) tgh bawa bot
perjalanan dekat je 20 minit sampai ke port faveret kitaorang. Air surut, maka terpaksa la kena panjat tapak jambatan tersebut yg menjadi port kitaorg. Sambil melihat air yg keruh likat aku menggeleng kepala sambil berkata pd kawan2 aku "kita redah je dpt ke x belakang kira"....sambil memasang dan menyiapkan peralatan kami berbual tantang trip2 yg lepas....setelah melabuhkan joran masing2 aku terlebih dahulu menyantap nasi lemak...lapar beb mana sempat sarapan lg hahahaha....tak sampai 10 minit joran Hamdam mula melentur seekor ikan tetanda dpt dinaikkan....
Hamdan bersama ikan tetanda pertama yg berjaya dinaikkan
'senyumlah sikit bro'

wahhh.....terkejut pun ada...dah lama tetanda tak naik kat sini apakah kemeriahan tahun lepas kembali.... naiknya ikan tanda telah memberi harapan yg agak baik buat kami, petanda yg baik....selang 5 minit budak mereng kelab kami si Haziq pula menaikkan sembilang yg agak besar.....biasa la kalau sembilan aku la selalu handle dlm buat duri sengatnya...dgn alat khas iaitu sandle camel aku mengetuk belakng ikan tu sampai durinya tercocok kat belakangnya ini memudahkan proses buang duri tersebut...ada sesetengah nelayan menggunakkan sabut kelapa....konsepnya sama je.....
Haziq dpt naikkan 3 ekor sembilang pagi tersebut
caya la lu Haziq .......sambil tu 
korang bole tengok air yg keruh kat belakang, keruh kan!!

keadaan menjadi agak meriah dgn masing2 tak sempat nk duduk relaks ada je jorang yg disentap ikan sekor demi sekor ikan dinaikkan....tiba2 Amerul dgn joran yg melentur menahan asakan ikan....aku terpikir mungkin siakap....akhirnya seekor kerapu size A dpt di tewaskan woowowoowowowwo.....tak sangka ramalan kami meleset, seasons is coming back... itulah ungkapan aku pd kwn2 aku menyatakan mungkin sudah sampai musim ikan bertelur.

 





pemancing beraksi bersama ikan2 yg berjaya ditewaskan hanya gambar no 2 tu je 
yang ikan kerapu tu gua posing ikan milik Amerul pya hehehehehehe

sampai tengahari agak slow sikit, umpan mula nak habis....amik keputusan utk menambah umpan lg...Amerul dan hamdan pegi membeli semula umpan...kami merancang sekembalinya mereka kami akan pergi port kedua yg bole dikatakan port bapak kerapu....

kami mula bertolak ke port tersebut yang hanya bole pergi ketika iar pasang saja...disana agak kurang berhasil hanya sembilang dan kerapu sahaja dapat dinaikkan mgkn keadaan dah petang yang menyebabkan ikan kurang aktif meragut umpan.
kami kembali semula ke port asal cuma tiang yg lain.....
sekali lagi kami telah di kejutkan dgn ragutan2 kasar dari ikan ....perghhh memang x sempat nak buat apa....memang kuat ikan2 kat sini joran si saipul pun bole patah dikerjakannya.... 
 sebahagian ikan2 yang berjaya dinaikkan..
 
Jam menunjukkan 5.30 petang keadaan semakin gelap dengan hujan renyai2....kami cuba gagahi sedikit masa lg utk habiskan umpan.....sebelum kami balik kami di sapa ole 2 org pemancing yg baru sampai bertanyakan mana lubuk yang baik...kami menasihatkan agar mancing saja dikawasan2 ni sbb cuaca mungkin buruk pd malamnya...tempat kami diganti oleh mereka 
Dalam perjalanan pulang dgn hujan renyai2 kami menikmati panorama yg sungguh indah pada petang itu, sambil melihat bangau dan pucong mengambil tempat untuk berehat pada malam nya...memang cantik...aku cuba snap beberapa gambar dgn menggunakan handphone N97 milikku....mmmm kalau ada kamera mahal mesti best ambil panorama ni.......





Beberapa panorama yg sempat dirakamkan....
berlatar belakangkan pelangi dan yg paling aku frust terlepas 
sekumpulan bangau yg sedang terbang melintasi pelangi kalau dapat snap
perghhh mmg cantik bebbb....
Sekian dulu coretan trip aku pada kali ni....semoga korang enjoy dgn penulisan aku yg tak seberapa ni hahahahaa ..Ini lah yang dinamakan SIREH PULANG KE GAGANG dimana kami kembali ke tempat kami mula kami jejaki dahulu yg sebelum ni menjadi port keramat kami....semoga bersua di lain entry....JUMPA LAGI...................................................................................................................................

"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"

Sunday 20 November 2011

Tebaran Maut...

Hari minggu lepas aktiviti penuh dengan anak2 ye lah dah nak abis sekolah ni macam2 event dianjurkan sekolah...so takde la aktiviti untuk memancing...tapi bagi ahli2 kelab yg masih bujang mereka turun menjala udang di kawasan paya bakau belakang Shell Manjung....bermula jam 6 petang mereka menebarkan jala sehingga lewat malam...hasilnya mmmmm boleh tahan...ada juga jenahak, sembilang dan tetuka yang sesat terlekat dijala....tentu korang tertanya2 mengapa tajuk entri kali ni TEBARAN MAUT.....sila saksikan paparan foto dibawah



gambar 1: saiz udang harimau sebesar lengan perghhhhhhh...
gambar 2: hasil tebaran pada trip tersebut ..lumayan juga kan 
gambar 3: budak nakal dlm kelab pancing Haziq mengambil post gila..
gambar 4: kalau 10 ekor besar2 ni mmmm mmg best klu buat gulai

Geng kelab yg menyertai aktiviti tersebut: Ramli, Hamdan, Suffian, Razali, Haziq dan Firdaus.....jom malam ni kita pergi lagi...Geram bebbb....

Friday 11 November 2011

"SURVEY PORT"

Semalam gua telah nyatakan kat blog ni tentang projek "pakai jadi"...sebenarnya projek tu tiba2 je dibuat oleh kerana dpt tahu tempat itu pari bersaiz gadang selalu didaratkan. Jadikan gua n team pun ingin mencuba port tersebut....bertolak dari kediaman selepas maghrib bersama teman sepemancing Harun n Rizal...temu janji dibuat bersama kawan sepejabat Harun yg selalu berkunjung ketempat tersebut. Mereka menunggu kami di UniKL Manjung...

Atas: Gambar gua dan Rizal tgh posing maut
Bawah: Sebahagian dr peralatan perang
 
Setelah membuat pertemuan kami mula bertolak. perjalanan melalui kawasan hutan sejauh 4 km. Agak menyeramkan juga ditambah lagi si Rizal menceritakan dia baru ja lepas tgk filem 'HIJAB" mmg seram beb hahaha....jalan ke kawasan tu gak teruk...mmmmm lunyai juga la kereta CITRA si Harun ni.......selang 1/2 jam kami sampai mmmmm tgk port mmg menarik yg merupakan jeti usang yg dah tak digunakan lagi....smabil melihat beberapa org sedang menjala udang.....
 Aktiviti menjala udang oleh penduduk setempat
 
Setiba juga kami disitu kami di "layan" istimewa oleh "penunggu setia kawasan tu" (nyamuk) punyala banyak YA Allah mmg byk tp redah je....bak kata pepatah takkan pemancing hilang didunia hahahaha....
Sebelum memulakan aksi kami sempat menjengah geng2 yg sedang menjala udang ni....ungkapan yg bole di ucapkan WOWWW......(macam usin lempoyang la plak) mmg besar2 udang yg dorang dapat...gua bi bukan tak pandai menebar jala....klu kali 3 4 kali jadi la bulat tp klu dah masuk 5 kali jd roti tirai la hahahahha....


korang tengok la sendiri size udang-udang ni
mmg puas kalau dibuat sambal ni slurrrrpppppppp........



Aktiviti kami diteruskan dgn persiapan ........
3 set pancing ringan milik gua siap utk bertarung

Umpan uduang hidup digunakan...aku mula guna teknik side bottom dgn harapan bapak kerapu dpt dinaikkan semntara Harun n Rizal main middle throwing utk menjerat pari....dgr citernya pari kat 7-10 kilo selalu didaratkan...mmmmm harap ada la rezeki

Atas: Sebelum tu gua mengketedarah dulu beb ..laporrrr
Bawah: Harun sabar menanti ragutan mangsanya


Permulaan agak membosankan tanpa sebarang sentapan ditambah dgn irama semulajadi yg paling aku benci iaitu gesekan biola sang nyamuk nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....papppp....mampus kau kena tampar hehehe...

Ikan pertama dinaikkan oleh Harun  pd jam 2230pm gelama pisang size sederhana...

Atas : Gua dan tetuka...
Bawah: Gelam pisang milik Harun pertama dinaikkan
malam tu

Penantian demi penantian .....agak menghampakan kerana air pasang agak perlahan.....air pasang penuh pd pukul 0230am agak lewat mmmmm dgn hasil x seberapa dgn hanya beberapa ekor sembilang gelama n tetuka menjadi mangsa pd malam tu....kawasan tersebut menarik tp mungkin cuaca atau air kurang cantik agaknya apapun dlm memancing ni kesabaran paling penting...klu x sabar GI PASAR LA WAKKKKK....
memandangkan isteri aku kena kursus hari ni dan Harun pulak nk berniaga so kami amik keputusan utk pulang seawal 0430am....sbb aku kena jd baby sitter hahahah....apapun enjoy......

ini je yg dapat semalam...apapun Alhamdulillah

Nampaknya setakat ni dulu penulisan gua pada kali ni kpd pembaca harap anda tertarik n berharap dpt mengunjungi blog gua lg. Insyaallah gua akan meng 'upgrade'kan lg cerita2 gua kat sini segala kekurangan harap maaf selamat berjumpa lagi 'ADIOS AMIGOS GARCIAS' 

TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA




Thursday 10 November 2011

Pakai jadi je....

malam ni mencuba nasib port baru.....cadangan oleh teman sepemancing Harun...insyaallah klu takde halangan gua akan buat entri utk trip "pakai jadi je" esok....takde plan pun nak g malam ni harap2 rezeki murah...Aminnn

Wednesday 9 November 2011

BARRAMUNDI (SIAKAP PUTIH)


 The Barramundi (Lates calcarifer), also known as Asian Seabass, is a species of catadromous fish in family Latidae of order Perciformes. The native species is widely distributed in the Indo-West Pacific region from the Persian Gulf, through Southeast Asia to Papua New Guinea and Northern Australia. Known in Thai language as Pla Krapong (Thai: ปลากระพง), it is very popular in Thai cuisine. It is known as pandugappa in the Telugu language in India and bhetki in Bengali language and in Eastern India. - (WIKIPEDIA)

Siakap putih sejenis ikan yg byk mendiami kawasan2 paya bakau n dimuara2 atau lebih mudah difahami kawasan air berpayau. Namun ikan ini bukan la "sport fishing" bg kalangan pemancing rekreasi. Tetapi ikan ini seandainya tersangkut pada mata kail anda pastinya drag pancing anda akan berdesing, ini kerana ikan ni agak agresif, silap haribulan putih mata dibuatnya ini kerana siakap putih mempunyai senjata setajam pisau pada insang yg mampu memotong tali pancing anda. Disini saya cuba beri tips kepada sesiapa yg mahu mencuba menjinakkan ikan tersebut.
Teknik Bottom
-Mesin pancing hendaklah berkuasa sederhana ini kerana ikan ni agak agresif bila berlawan
-Perambut kekuatan 30 lbs keatas
-Mata kail size 5 (gamakatsu)
-Batu ladung (bergantung pada arus)
-Drag jgn kunci terlampau kuat, ini utk mengelakkan pancing anda jatuh kelaut.
-Umpan kalau dikawasan saya (selat dinding) udang hidup menjadi tumpuan. Klu ditempat lain byk menggunakan anak ikan tamban dan seliding yg mudah didapati dikawasan2 muara .


Teknik Casting
-Pemilihan rapala amat penting dlm menjinakkan siakap.
-Rapala yg popular adalah Troll to Shad, Troll to Minnow, X-Rated Deep and X rated Subwalked... 
 http://www.cabelas.com/catalog/search
Malah ada banyak lagi kaedah yg bole menjinakkan ikan ni.......satu je gua nak pesan memancing ni kena byk ada kesabaran yg paling penting adalah REZEKI ADALAH MILIK ALLAH SWT...
semoga berjumpa lagi di next entri...... salammmm.....takkan pemancing hilang didunia babai......

Tuesday 8 November 2011

PREPARETION FOR WAR................!!!!!!!!!!!

DATE: 12 NOV 2011
PLACE: SELAT DINDING...
ENEMY: JENAHAK, KERAPU, PARI, SIAKAP
WEAPON: SHIMANO FX4000, SHIMANO ALIVIO, BANNAX3000.......
.......P/S: harap-harap pengasuh aku x kemana2 klu  tak jd babysitter la aku.........

TRIP PULAU SEMBILAN

Memulakan perjalanan pada pagi sabtu 22hb ke jeti KDSK. Singgah beli nasi lemak untuk mengalas perut sebelum ke destinasi...terima kasih pd saudara Rizal yang menyediakan pengangkutan kalau tak susah la kami hahaha...Sambil menunggu tekong Rapi kami pekena dulu nasi lemak yang baru dibeli tadi...
Memulakan perjalanan pd pukul 8 am dan sampai di kepulauan sembilan pada jam 8.45am agak laju bila menaiki speed boat dibandingkan trip kami sebelum ni yg menaiki bot enjin dalam milik pak wahab mengambil masa yg agak lambat utk sampai ke destinasi iaiu 2 jam stgh utk sampai. Setiba di "port" yg dibantu oleh GPS fish finder melik tekong mengesan kelibat kawasan batu karang yg cantik ....tanpa membuang masa kami memulakan aksi "Jigging"....aku mula memasang jig red minnow yg baru dibeli....selang stgh jam henjutan jig aku mengena ...tarikan yg agak kuat mengajak aku bertarung agak lebih agresif...selepas 15 minit berjaya menaikkan GT saiz sederhana.....perghhhh mmg menakjubkan bertarung dgn ikan ni....agak lama bermain jigging tanpa sebarang hasil kami mula menukar pd kaedah pancing bottom...bergerak ke port pulau batu hitam kami mula melabuhkan umapa udang hidup....pancing Harun disentap hebat pertarungan lebih kurang 15 minit itu berjaya menjinakkan seekor lagi GT saiz sederhana...di susuli Rizal ygmmenaikkan jenahak....warna keemasan beb....Jesmadi yg mengeluh krn belum menaikkan sebarang tangkapan tiba2 dikejutkan oleh desingan drag...dia yg sedang asyik membuat perambut minta tolong pd Rapi iaitu tekong utk melawan terlebih dahulu.....akhirnya tewas la GT yg agak besar mgkn 5 kilo tp mmg besar...dia mula ketawa besar....tp sayangnya umpan udang hidup yg agak sedikit kehabisan membuatkan kami menggunakan isi kembung sebagai umpan...agak sukar utk menaikkan ikan yg bagak klu pakai isi kembung ni klu tak kena pada tempatnya...petang tu hanya melayan kerapu....tepat jam 5.30 pm kami mula bertolak pulang memandang cuaca yg agak mendung pasti keadaan lebih buruk kalau kami still lg memancing....tiba di jeti KDSK tepat jam 6.15 ptg.....agak menarik trip kali ni harap dpt kembali bertarung disini nnt