Powered By Blogger

Tuesday 25 December 2012

SELEPAS 6 BULAN

Assalamualaikum....semua pembaca setia blog kail sejengkal....dah lama rasanya blog ni tak diupdate maklum la kail agak busy sejak kebelakangan ni dgn kekangan masa membataskan kail utk turun memancing apapun dgn masa yg terluang kail akan postkan entri terbaru utk kalian semua.

6 bulan kail x turun memancing tahap gian mmmmm susah nak cakap la dah terketar2 tgn nak menyentap joran. Setelah buat plan dgn teman kail iaitu rizal kecik n rizal panjang dlm kesempatan cuti krismas kami pergi ke port biasa kami krn mmg takde perancangan yg detail hya untuk melepaskan gian shj.

Rizal kecik siap ngan tikar mcm nak g berkelah je...
Rizal panjang dgn muka confuse.....

Bermula dgn persinggahan di tiang no 7 kami mula menyiapkan joran masing2 memandang air masih lg surut kami cuba mencari kawasan yg sesuai utk melabuhkan umpan. Suasana agak kurang menarik tiada ragutan dari sang ikan dan kami mengambil masa itu utk menikmati nasi lemak utk sarapan kami pagi td. Hampir beberapa jam tiada kelibat ikan, kebosanan mula melanda......Rizal kecik mula menukar strategi dgn menggunakan kaedah long bottom......mmmm agak menakjubkan tak sempat umpan mencecah dasar drag berdesing, wahhh....mungkin siakap.....arghhhh tekaanku meleset.....seekor ikan daun baru menjadi mangsanya, boleh tahan hampir 1/2 kilo...ok la tu kan....


Rizal kecik dgn daun baru yg menjadi mangsa......

Sangkakan itu permulaan yg baik tetapi sebaliknya tiada lagi regutan ..... kami ambil keputusan utk berpindah kawasan lain....di tiang 8 giliran kail plak menaikkan mangsanya....drag kekili caldinar abu garcia disentap ..... sambil didalam hatiku berkata wahhh akhirnya tamat sudah penantian kekili baru ku ini setelah sekian lama akhirnya ia menaaikkan ikan yg pertama......seekor jenahak bersaiz sederhana dijinnakkan wlupun ditentang agak sengit oleh jenahak tersebut....


Atas: Kail dgn jenahak yg ditewaskan....
Bawah: Caldinal Abu Garcia milik Kail hehehehe akhirnya ......
credit utknya.........

Senario berulang kembali tiada lagi ragutan oleh sang ikan......tiba tiba dikejutkan dgn kehadiran seekor siakap yang amat besar bermain di sekitar kawasan kami....dlm 7 ke 8 kilo anggaranya, kami cuba mengumpannya namun langsung tak diendahkan......mmmmm hampa....jam menunjukkan 2 petang, aduhai dah berjam2 baru 2 ekor memang takde rezeki kami harini.....namun klu dah rezeki tidak kemana kan....Kail berjaya juga menaikkan seekor kerap dgn menggunakan Rod Mild Seven dan  kekili Shimano alice 4000.....


Kail beraksi dengan kerapu yang dijinakkannya...
Boleh tahan kan????

Itulah ikan yang terakhir yg berjaya Kail daratkan, tiada lg tanda2 ikan akan yang akan ditewaskan entah kenapa, kemana hilangnya semua ikan2 disini walhal disini la lubuk Kail...klu datang tak pernah menghampakan...tapi apakan daya kita mampu berusaha, rezeki tetap milik Allah SWT. Memandangkan keadaan yg agak 'bad' kami mula bersiap2 dan berkemas utk pulang...cukuplah dengan rezeki kurniakan. Alhamdulillah. Kami pulang seawal 4 ptg, dengan deruan enjin sangkut Yamaha 15Hp perlahan2 bot menyusuri kuala Sg Dinding sambil menghayati keindahan paya bakau yg sikit demi sedikit di musnahkan oleh manusia.....
 Suasana keindahan paya bakau yg menjadi persinggahan burung2 hijrah..

Nampaknya sampai disini sahaja entri Kail...semoga dengan post kesekian kali ni dpt mengubat rindu pembaca setia kail sejengkal....semoga bertemu di entri yang akan datang Wassalam......

Join trip...
Kail Sejengkal
Rizal Panjang
Rizal Kecik...

'TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA'

Sunday 8 April 2012

BOUSTED NAVAL FISHING CHALENGGE

Assalamualaikum para pengikut setia KAIL SEJENGKAL...bertemu skali lg kita dlm entri yg kesekian kalinya. Kali entri ni berkisarkan pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Kelab Pemancing Bousted Naval Dorkyad Lumut Perak....
Untuk pengetahuan pembaca ni la kawasan yang paling orang nak sgt memancing memandangkan kawasan ni mempunyai ikan yg byk dan bernilai tinggi. Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM15K dgn yuran pendaftaran sebanyak RM70 bg 1 joran dan RM100 utk 2 joran....pertandingan yang bermula pada awal 9 pagi itu disertai hampir 500 org, takdela ramai sgt kan ini kerana kawasan memancing hanya terhad di atas jeti dorkyard maka klu nk ramai mmg tak muat la kan.....Kail sampai ke kawasan pertandingan pd pukul 10, melihat para2 peserta  sibuk menaikkan ikan, mmg byk ikan kat situ. Ramai jga teman kail yang menyertai tour ni antaranya Harun, Rizal, Saipul, Haziq, Hamdan dan Hasani....
Si Rizal sedang menelefon ikan hahaha.....
Peace Yooo...

 Antara teman2 Kail yang join Tour ni.....Good Luck utk korang

Selain tu ramai juga la yg Kail kenal ye la kan Kail ni org memancing juga so klu g Tour memancing mestilah org kenalkan...ye la sealiran dgn kita
kawan kail ni Hainudin namanya 
Kail baru je sampai dia dah naikkan Kerapu

Wlupun keadaan cuaca agak panas terik ttp tidak sikit pun menganggu para2 pemancing mmg tegar dorang ni.....Kail pun dah berpeluh maklum la terlupa nak bawa topi....


Suasana pertandingan.........

Sepanjang pertandingan berlangsung mmg banyak ikan dinaikkan ye la sini mmg lubuk ikan berbeza dgn tempat2 lain agak2 jarang ikan dinaikkan...tapi kat sini tak menang tangan la kejap2 org sana menjerit kejap2 org hujung sini plak menjerit pendek kata mmg meriah la....sampai kail terpaksa ke hulu ke hilir utk melihat dan snap gambar biasalakan Blogger murahan mcm ni la hahaha.....
Sepanjang Kail disitu sempat la bersembang2 dgn para peserta ada yg dtg jauh dr KL pun ada mmmmm mmg bersemangat dorang ni....ini lah semangat yg para2 pemancing perlukan.....keadaan jeti yg kecil membuatkan kawasan agak sesak dgn motosikal marshal pertandingan ke hulu n hilir namun semua peserta sporting takde yg merungut...best la korang ni.......
Bermacam jenis ikan yang dinaikkan bersaiz bagak2 dan tidak ketinggalan juga dgn situasi ikan terlepas  ada yg terputus termasuk la dgn teman Kail si Hamdan yg terlepas bapak GT dah nmpk depan mata tp apakan daya takde rezeki....dan tidak ketinggalan penyu pun menjadi mangsa pada hari 2.......tak sempat Kail nak g tangkap gambar dorang dah lepaskan....
Ok ni Kail nak tunjukkan sikit aksi2 pemenang Tournament harini dlm menaikkan ikan yang bernilai RM5K sbb kebetulan mmg kail berada di situ....
 Nampak tak rod merah yg sedang melengkung tu

Ikan mula naik di permukaan

 Melompat dlm usaha melepaskan diri
 Ikan Mayong yg sudah keletihan...
 
Tewas jua......Pertarungan yang mengambil masa 12 minit berjaya 
menjinakkan mayong seberat 4.6Kg....tersenyum mamat ni
Tahniah kail ucapkan........

Dibawah Kail ada sisipkan beberapa hasil pancingan para peserta yang sempat Kail snap..utk tatapan pembaca.....

Tarikkkkk....bang jangan tak tarikkkk....
 
 Tarik punya tarik ikan kerapu ni terlepas juaaaa....
takpe2 cuba lg


 Masuk ranking tak bang????




 Wahhh,,,,,,,, GT beb...
 "aduhh panasnya!! weiii korang nak ke tak ni 
klu nak cepat la timbang panas ni!!!



 Woooowww.....bawal gajah sempat mendahului ranking
sebelum dipintas saat2 akhir....

 Hai bangg....timbang pakai tangan jerr...



Korang jgn terkejut jenahak ni akak yg sebelah tu yang naikkan
tau..perghh caya la kak janji masuk ranking ....
 

 Kontroversi!!!!! mulanya ikan yu ni penganjur
tak terima setelah dibuat bantahan terpaksa la juga dikira 
sbb dlm syarat2 janji ikan jgn buntal je...


 MMMMM...550 gram disqualifiedd....sbb no 10 
pun dah 700gram







 Geng Kail ni si Hamdan yg terlepas GTnya
klu x mesti dia yg menang hahaha 
apapun xda rezeki nak buat mcmanakan...........

 Banyak kan ikan kat sini!!! semuanya spesies2 mahal......bak kata org klu masuk pun tak rugi wlupun mahal yurannya sekurang2nya bole buat laukkan tp klu tak dpt langsung apa cerrrr,,,,,,,, sendiri mau ingat la rezeki Allah yg punya klu dia bg Alhamdulillah, klu takde cuba lg lain kali mgkn rezeki kita disana kan .....
Sebelum balik, Kail sempat singgah di urusetia utk melihat ranking terkini 10 minit sebelum masa pertandingan tamat, sambil melihat pihak urusetia memmilih calon2 juara dan persiapan penamat pad ptg tu....,,,,,,,.....,,,,,....

 Keputusan akhir.....


 Urusetia sedang taging ikan no 2







Ikan para pemenang sedang digantung dan dipamerkan 
sebelum majlis penyampaian hadiah

Setakat ini dulu entri kail dlm mengeksplorasi jelajah tournament pada kali ni kepada yg berjaya Kail ucapkan jutaan TAHNIAH....kepada yg tak berjaya cuba lagi pada teman2 Kail lain kali try la lg jgn putus asa jgn lupa next trip kita yerrrr cuti Sultan Perak ni....... baik pya trip ok......

semoga berjumpa lagi di lain posting........SEKIAN  WASSALAM...... ADIOS AMIGOS, MAASALAMAH..........

members in posting:
Harun
Rizal
Haziq
Hamdan
Hassani
Hainuddin....dll....thanks 4 coperation
"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"



Sunday 25 March 2012

"PLANNING BIG TRIP"

Salam 1 pemancing kail ucapkan kpd semua pembaca setia blog kail ni....trip kali ni lebih kpd trip future planning dgn si Haziq utk berbincang tentang projek yang agak lebih besar.....bak kata org klu bincang kat kedai kopi buang masa je tak xda paedah apapun....klu bincang time mancing ni ikan dpt kepuasan dpt keputusan perancangan pun dpt.....

Bergerak seramai 4 orang ke port biasa kami iaitu GOM (grade one marine) dgn menyewa bot Ah Seng kami bergerak pukul 9 pagi dlm keadaan air laut berjalan surut.....sesampai kami di tiang 9 tanpa buang masa terus melabuhkan umpan kerana mmg waktu ikan tgh galak meragut umpan,,,,,tak sampai beberapa minit Haziq mula menunjukkan belang nya selaku Raja Kerapu dgn menaikkan kerapu batik....disusuli dgn Hamdan dan Q....
Kail memulakan langkah dgn menaikkan sembilang....wahhh lama tak naikkan sembilang
Budak Jahat Haziq dan kerapunya.....

Berbalik pd tajuk entri ni Kail bercadang utk ke Pulau Talang bersama bot yg dimiliki oleh kawan Kail juga....tentang harga berpatutan la juga ada 3 pakej A, B dan C....yang mana pakej A memancing di Pulau Sembilang 9am to 5pm RM500 manakala Pakej B memancing di Pulau Talang 9am to 5pm RM 600  dan pakej C pulak ke Pulau Talang sehari semalam RM1000 semua pakej disediakan umpan dan makanan....agak menarik bot yg agak besar boleh menampung sehingga 10 org....so kpd geng2 Kail yg membaca ni klu berminat boleh hubungi Kail....no mcm biasa belum tukar2 lg ini baru perancangan.....

Kail bersama sembilang yg ditewaskannya...

kerapu yg dinaikkan Kail....tak besar tapi bole
la buat layan ....3 rasa pun sedap ni...

Haaa....ni yg agak pelik sikit ni korang percaya tak 1 mata kail bole naik 2 ekor ikan, tp ini lah yg terjadi pd si Hamdan 2 ekor sekaligus dia naikkan dalam aksi yg dia sendiri tak tahu jorannya disentap....hanya ingin mengubah posisi tiba2 jorannya melentur agak kuat...apabila naik sekor tetanda n kerapu tersangkut entah mcmana kail nak ckp pun tak tahu mata kail di mulut kerapu tp di mulut tetanda hanya ada tali shj,, pelikkan....
Hamdan bersama 2 ekor ikan dan 1 mata kail....

"Adoiii lu gigit jari gua, manyak langsi a lu"

Apabila air mula pasang kami bergerak ke satu lg port yg agak menarik yang mana hanya bole dimasuki ketika air pasang shj....kedalaman air nya pun sekita 2 meter shj tp ikan kat situ mantappppp.....
Namun mungkin takde rezeki kami hanya 4 ekor shj yg berjaya dinaikkan disitu. aku hanya mampu naikkan 2 ekor kerapu dan Haziq menaikkan sembilang dan kerapu.

Apabila keadaan sudah melewati jam 5 kami mula bersiap pulang memandangkan rindu nak pekena koewteow basah Cik Nor maka kami gerak sikit awal....

Ada la dlm 20 ekor...tp waktu memancing rasa mcm 
sikit ja....itu la rezeki yg Allah beri pada kami hari tu...
Alhamdulillah.....

Nampaknya sampai disini dulu perkembangan Kail dan kawan2 bertemu lg kita di lain entri.....ASSALAMUALAIKUM....

Member on Trip,
Penulis (kail sejengkal)
Haziq
Hamdan
Q......

"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"

Sunday 11 March 2012

Si Pancing Merah......

Assalamualaikum...bertemu lagi kita kali ni ...kail xda nak bercerita panjang dlm entri kali ni sbb kail nak buat makan2 malam ni jemput sedara2 makan malam kat umah maklum la dpt ikan besar katakan hahaha....murah rezeki Allah kepada kail harini....
Bergerak ke lokasi memancing agak lambat sbb terpaksa pergi jadi penyokong mini olimpik....maklum la tgh musim minggu sukan sekarang ......dgn harapan dpt booked tiang no 8 kail bergerak lewat mungkin akan hampa ye la kan hari minggu mesti orang ramai...betul jangkaan kail org dah penuh kat tiang 8 terpaksa kail menduga tiang 9 yang belum pernah kail try kat situ....nmpknya kail sorang je ada harapan qonquer keliling tiang......pukul 11 kail memulakan aksi....keadaan air surut amat rendah menyebabkan kedudukan paras laut dgn kail agak tinggi....permulaan dikala air surut agak baik krn kail menaikkan 2 ekor kerapu saiz kecil...lebih kurang 3 jari korang semua la....kemudian tiang 9 tempat kail memancing ada tetamu yang bertandang ....sorang pemancing lepak kat tiang kail ada la jga member sembang...orang Teluk Intan...
Selang beberapa ketika di kala air laut mula bergerak pasang 1 demi 1 ikan, kail naikkan. Rezeki kail agak murah harini seekor jenahak seberat 700gram merengut pancing merah milik kail.....


jenahak 700gram bersama "Si Pancing Merah"

selang berapa minit sekali lagi pancing merah kail menaikkan kerapu size A seberat 1 kilo 200g....hahahaha....tabik la kau si pancing merah....sejak2 kebelakangan ni dia tak penah miss menaikkan size yang terbaik....walaupun dikalangan set2 joran milik kail  si pancing merah adalah yang paling low cost berbanding joran milik kail yg lain pendek kata dia yang paling murah la tp dia yang paling hebat so kesimpulannya jangan kita memandang rendah pada setiap joran kita tak kira la ia mahal atau murah,,,,,,,,,



 naik lagi beb......mantappp kerapu batik....

 Wahhhhh....gred A maaa.....


 
Petang tu kail agak terkejut sebab air laut pasang besar sehingga naik keatas pelantar tiang yang memaksa kail untuk pulang sebab air naik sampai ke paras betis...memang tak boleh mancing lagi......
















Disebabkan situasi tersebut kail terus berkemas sebelum perkakas dibawa air laut...
Apapun sebelum berpisah satu je pesan kail jgn memandang rendah pada sesuatu yg x berharga kerana wlupun apapun dia tetap hak milik kita.....selain itu juga ia adalah anugerah Allah SWT kpd kita...sekian dulu berjumpa di lain entri wassalam...

"TAKKAN PEMANCING HILANG DI DUNIA"