Powered By Blogger

Sunday 25 March 2012

"PLANNING BIG TRIP"

Salam 1 pemancing kail ucapkan kpd semua pembaca setia blog kail ni....trip kali ni lebih kpd trip future planning dgn si Haziq utk berbincang tentang projek yang agak lebih besar.....bak kata org klu bincang kat kedai kopi buang masa je tak xda paedah apapun....klu bincang time mancing ni ikan dpt kepuasan dpt keputusan perancangan pun dpt.....

Bergerak seramai 4 orang ke port biasa kami iaitu GOM (grade one marine) dgn menyewa bot Ah Seng kami bergerak pukul 9 pagi dlm keadaan air laut berjalan surut.....sesampai kami di tiang 9 tanpa buang masa terus melabuhkan umpan kerana mmg waktu ikan tgh galak meragut umpan,,,,,tak sampai beberapa minit Haziq mula menunjukkan belang nya selaku Raja Kerapu dgn menaikkan kerapu batik....disusuli dgn Hamdan dan Q....
Kail memulakan langkah dgn menaikkan sembilang....wahhh lama tak naikkan sembilang
Budak Jahat Haziq dan kerapunya.....

Berbalik pd tajuk entri ni Kail bercadang utk ke Pulau Talang bersama bot yg dimiliki oleh kawan Kail juga....tentang harga berpatutan la juga ada 3 pakej A, B dan C....yang mana pakej A memancing di Pulau Sembilang 9am to 5pm RM500 manakala Pakej B memancing di Pulau Talang 9am to 5pm RM 600  dan pakej C pulak ke Pulau Talang sehari semalam RM1000 semua pakej disediakan umpan dan makanan....agak menarik bot yg agak besar boleh menampung sehingga 10 org....so kpd geng2 Kail yg membaca ni klu berminat boleh hubungi Kail....no mcm biasa belum tukar2 lg ini baru perancangan.....

Kail bersama sembilang yg ditewaskannya...

kerapu yg dinaikkan Kail....tak besar tapi bole
la buat layan ....3 rasa pun sedap ni...

Haaa....ni yg agak pelik sikit ni korang percaya tak 1 mata kail bole naik 2 ekor ikan, tp ini lah yg terjadi pd si Hamdan 2 ekor sekaligus dia naikkan dalam aksi yg dia sendiri tak tahu jorannya disentap....hanya ingin mengubah posisi tiba2 jorannya melentur agak kuat...apabila naik sekor tetanda n kerapu tersangkut entah mcmana kail nak ckp pun tak tahu mata kail di mulut kerapu tp di mulut tetanda hanya ada tali shj,, pelikkan....
Hamdan bersama 2 ekor ikan dan 1 mata kail....

"Adoiii lu gigit jari gua, manyak langsi a lu"

Apabila air mula pasang kami bergerak ke satu lg port yg agak menarik yang mana hanya bole dimasuki ketika air pasang shj....kedalaman air nya pun sekita 2 meter shj tp ikan kat situ mantappppp.....
Namun mungkin takde rezeki kami hanya 4 ekor shj yg berjaya dinaikkan disitu. aku hanya mampu naikkan 2 ekor kerapu dan Haziq menaikkan sembilang dan kerapu.

Apabila keadaan sudah melewati jam 5 kami mula bersiap pulang memandangkan rindu nak pekena koewteow basah Cik Nor maka kami gerak sikit awal....

Ada la dlm 20 ekor...tp waktu memancing rasa mcm 
sikit ja....itu la rezeki yg Allah beri pada kami hari tu...
Alhamdulillah.....

Nampaknya sampai disini dulu perkembangan Kail dan kawan2 bertemu lg kita di lain entri.....ASSALAMUALAIKUM....

Member on Trip,
Penulis (kail sejengkal)
Haziq
Hamdan
Q......

"TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA"

Sunday 11 March 2012

Si Pancing Merah......

Assalamualaikum...bertemu lagi kita kali ni ...kail xda nak bercerita panjang dlm entri kali ni sbb kail nak buat makan2 malam ni jemput sedara2 makan malam kat umah maklum la dpt ikan besar katakan hahaha....murah rezeki Allah kepada kail harini....
Bergerak ke lokasi memancing agak lambat sbb terpaksa pergi jadi penyokong mini olimpik....maklum la tgh musim minggu sukan sekarang ......dgn harapan dpt booked tiang no 8 kail bergerak lewat mungkin akan hampa ye la kan hari minggu mesti orang ramai...betul jangkaan kail org dah penuh kat tiang 8 terpaksa kail menduga tiang 9 yang belum pernah kail try kat situ....nmpknya kail sorang je ada harapan qonquer keliling tiang......pukul 11 kail memulakan aksi....keadaan air surut amat rendah menyebabkan kedudukan paras laut dgn kail agak tinggi....permulaan dikala air surut agak baik krn kail menaikkan 2 ekor kerapu saiz kecil...lebih kurang 3 jari korang semua la....kemudian tiang 9 tempat kail memancing ada tetamu yang bertandang ....sorang pemancing lepak kat tiang kail ada la jga member sembang...orang Teluk Intan...
Selang beberapa ketika di kala air laut mula bergerak pasang 1 demi 1 ikan, kail naikkan. Rezeki kail agak murah harini seekor jenahak seberat 700gram merengut pancing merah milik kail.....


jenahak 700gram bersama "Si Pancing Merah"

selang berapa minit sekali lagi pancing merah kail menaikkan kerapu size A seberat 1 kilo 200g....hahahaha....tabik la kau si pancing merah....sejak2 kebelakangan ni dia tak penah miss menaikkan size yang terbaik....walaupun dikalangan set2 joran milik kail  si pancing merah adalah yang paling low cost berbanding joran milik kail yg lain pendek kata dia yang paling murah la tp dia yang paling hebat so kesimpulannya jangan kita memandang rendah pada setiap joran kita tak kira la ia mahal atau murah,,,,,,,,,



 naik lagi beb......mantappp kerapu batik....

 Wahhhhh....gred A maaa.....


 
Petang tu kail agak terkejut sebab air laut pasang besar sehingga naik keatas pelantar tiang yang memaksa kail untuk pulang sebab air naik sampai ke paras betis...memang tak boleh mancing lagi......
















Disebabkan situasi tersebut kail terus berkemas sebelum perkakas dibawa air laut...
Apapun sebelum berpisah satu je pesan kail jgn memandang rendah pada sesuatu yg x berharga kerana wlupun apapun dia tetap hak milik kita.....selain itu juga ia adalah anugerah Allah SWT kpd kita...sekian dulu berjumpa di lain entri wassalam...

"TAKKAN PEMANCING HILANG DI DUNIA"