Powered By Blogger

Tuesday 25 December 2012

SELEPAS 6 BULAN

Assalamualaikum....semua pembaca setia blog kail sejengkal....dah lama rasanya blog ni tak diupdate maklum la kail agak busy sejak kebelakangan ni dgn kekangan masa membataskan kail utk turun memancing apapun dgn masa yg terluang kail akan postkan entri terbaru utk kalian semua.

6 bulan kail x turun memancing tahap gian mmmmm susah nak cakap la dah terketar2 tgn nak menyentap joran. Setelah buat plan dgn teman kail iaitu rizal kecik n rizal panjang dlm kesempatan cuti krismas kami pergi ke port biasa kami krn mmg takde perancangan yg detail hya untuk melepaskan gian shj.

Rizal kecik siap ngan tikar mcm nak g berkelah je...
Rizal panjang dgn muka confuse.....

Bermula dgn persinggahan di tiang no 7 kami mula menyiapkan joran masing2 memandang air masih lg surut kami cuba mencari kawasan yg sesuai utk melabuhkan umpan. Suasana agak kurang menarik tiada ragutan dari sang ikan dan kami mengambil masa itu utk menikmati nasi lemak utk sarapan kami pagi td. Hampir beberapa jam tiada kelibat ikan, kebosanan mula melanda......Rizal kecik mula menukar strategi dgn menggunakan kaedah long bottom......mmmm agak menakjubkan tak sempat umpan mencecah dasar drag berdesing, wahhh....mungkin siakap.....arghhhh tekaanku meleset.....seekor ikan daun baru menjadi mangsanya, boleh tahan hampir 1/2 kilo...ok la tu kan....


Rizal kecik dgn daun baru yg menjadi mangsa......

Sangkakan itu permulaan yg baik tetapi sebaliknya tiada lagi regutan ..... kami ambil keputusan utk berpindah kawasan lain....di tiang 8 giliran kail plak menaikkan mangsanya....drag kekili caldinar abu garcia disentap ..... sambil didalam hatiku berkata wahhh akhirnya tamat sudah penantian kekili baru ku ini setelah sekian lama akhirnya ia menaaikkan ikan yg pertama......seekor jenahak bersaiz sederhana dijinnakkan wlupun ditentang agak sengit oleh jenahak tersebut....


Atas: Kail dgn jenahak yg ditewaskan....
Bawah: Caldinal Abu Garcia milik Kail hehehehe akhirnya ......
credit utknya.........

Senario berulang kembali tiada lagi ragutan oleh sang ikan......tiba tiba dikejutkan dgn kehadiran seekor siakap yang amat besar bermain di sekitar kawasan kami....dlm 7 ke 8 kilo anggaranya, kami cuba mengumpannya namun langsung tak diendahkan......mmmmm hampa....jam menunjukkan 2 petang, aduhai dah berjam2 baru 2 ekor memang takde rezeki kami harini.....namun klu dah rezeki tidak kemana kan....Kail berjaya juga menaikkan seekor kerap dgn menggunakan Rod Mild Seven dan  kekili Shimano alice 4000.....


Kail beraksi dengan kerapu yang dijinakkannya...
Boleh tahan kan????

Itulah ikan yang terakhir yg berjaya Kail daratkan, tiada lg tanda2 ikan akan yang akan ditewaskan entah kenapa, kemana hilangnya semua ikan2 disini walhal disini la lubuk Kail...klu datang tak pernah menghampakan...tapi apakan daya kita mampu berusaha, rezeki tetap milik Allah SWT. Memandangkan keadaan yg agak 'bad' kami mula bersiap2 dan berkemas utk pulang...cukuplah dengan rezeki kurniakan. Alhamdulillah. Kami pulang seawal 4 ptg, dengan deruan enjin sangkut Yamaha 15Hp perlahan2 bot menyusuri kuala Sg Dinding sambil menghayati keindahan paya bakau yg sikit demi sedikit di musnahkan oleh manusia.....
 Suasana keindahan paya bakau yg menjadi persinggahan burung2 hijrah..

Nampaknya sampai disini sahaja entri Kail...semoga dengan post kesekian kali ni dpt mengubat rindu pembaca setia kail sejengkal....semoga bertemu di entri yang akan datang Wassalam......

Join trip...
Kail Sejengkal
Rizal Panjang
Rizal Kecik...

'TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA'