Powered By Blogger

Sunday 3 November 2013

ANAK TETANDA JE TINGGAL!!!

Kembali kail kali ni dgn memaparkan trip ke port yg biasa kail kunjungi sewaktu dahulu, namun apa yg diharapkan kali ni....port tersebut tidak lg menjadi port yg terbaik. Ini kerana tempias dr pembangunan yg dibangun dikawasan sekitar yang menyebabkan populasi ikan dikawasan berkenaan berkurangan. Paya2 bakau diteroka utk dibangunkan, kapal2 pengorek pasir dengan rakus beroperasi menyebabkan ikan2 dikawasan berkenaan terbantut. Kail bersama teman rapat kail Abg Harun turun buat kesekian kalinya utk mencuba nasib port kegemaran kail satu masa dahulu. Seawal pagi bertolak dgn menaiki bot namun harapan dpt mendaratkan hasil yg baik namun petanda awal menunjukkan mungkin harapan itu tak kesampaian mana tak nya hanya udang harimau yg ada utk dibuat umpan.....udang harimau ni kalau dibuat umpan mmg susah sikit la ikan nak makan maklum la keras....
 Terlalu kecil, dilepaskan bg dia besaq dulu...nanti dah besar 
jgn lupa makan umpan Kail ye


 Kerapu loreng..... macam seluar Kail je..hahaha

 Harun dgn tetanda size sederhana....bole la nak buat lauk


 Merenung masa depan port yang dulunya port azimat Kail
Kini semakin menyepi......

Sampai je kat port kail dan harun terus mempersiapkan joran dan terus dilabuhkan....nampak dipermulaan menunjukkan tanda positif dengan kail tak sempat nak makan joran terus diusik dengan rengutan ikan. dan hasilnya seekor anak tetanda membaham udang harimau ..tak padan dgn size

 
     Tak sempat Kail nak jamah nasi lemak....dia dat tarik.

selang berberapa minit sekali lagi ikan didaratkan...seekor kerapu batik yg cantik dianggarkan berat sekilo lebih kurang la....


    Ni je hasil Kail pada hari tu..apapun Alhamdulillah..

Selepas dari itu sekor demi sekor tetanda dinaikkan, namun ada juga yg dilepaskan kerana size terlalu kecil....Hanya kail saja yg berjaya menaikkan ikan pd hari tu kwn kail si Harun tida bernasib baik wlupun itu last trip beliau bersama kail kerana dia akan berpindah ke Kuala Lumpur minggu depan,,,, masuk je tengahari langsung tiada rengutan  hingga la ke petang klu nak dibandingkan ketika kail mula menjumpai lokasi ni mmg berbeza...itula kesannya pembangunan pd populasi ikan dikawasan ni amat ketara sekali....


 Port kail suatu ketika dahulu...lumayan beb, sekarang?

Sebelum kail mengakhiri entri kali ni ...kail nak berkongsi dgn pembaca kiriman sahabat kail yg memancing pada masa yang sama cuma lokasi je yang berlainan...di kawasan  bakau belakang Shell petrol pump Lumut...tempat ni bole tahan juga ni selalu kalau kail pergi situ kail suka Casting.....
 Port ni belakang Shell Lumut....sila la duga tempat ni mana 
tahu rezki korang..



Siakap yg berjaya dijinakkan oleh sahabat Kail
Rizal...terbaekkk la bro.
ok setakat ni dulu entri kail untuk kali ni semoga berjumpa lagi di entri yg mendatang....terima kasih kerana masih lagi menjadi pembaca setia KAIL SEJENGKAL.... Assalamualaikum....

TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA...






3 comments:

  1. Salam...tumpang tanya...blakang shell tu kereta bole masuk x?.....tima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole masuk dengan kereta dan moto tp agak berlopak sikit port tu bole pakai umpan udang hidup atau mati ....siakap sembilang dan duri banyak kawasan tu ....selamat memancing

      Delete
  2. Tima kasih tuan...insyaallah ingat nak g hujung mggu ni...bole terangkan secara detail macamana nak masuk blakang shell tu,saya bukan org sana.....

    ReplyDelete