Powered By Blogger

Tuesday 5 November 2013

MENDUGA LUBUK IKAN DURI

Cuti maal hijrah semalam kail berkesempatan untuk sekali lagi turun memancing, tetapi kali ni kail cuba untuk melayan ikan duri di kawasan muara paya bakau berhampiran bandar Lumut. Bersama teman2 kail Rizal n Anuar kami sampai dikawasan memancing sekitar jam 11 pagi, Keadaan air pd waktu itu masih surut ia membuka peluang untuk kaki kaki jala utk menjala udang, malah kawan kail si Rizal pun tidak melepaskan peluang untuk menjala udang.
Air surut membuka peluang untuk kami menjala 
udang dan sebagai umpan memancing.

Rizal sedang menebarkan jala ....

Dalam keasyikan kami menjala udang, joran kail mula disentap kuat oleh ikan, pada mulanya sangkakan ikan siakap sebab kawasan ini juga merupakan lubuk siakap kalau kena pada umpannya memang berbaloi.
Ikan pertama kail seekor duri bersaiz sederhana berjaya didaratkan.....
Taktala air mula pasang, rengutan demi rengutan memagut umpan kami tidak menang tangan untuk melayan karenah ikan duri ni, ada sesetengah orang tidak berapa suka dengan ikan ini mungkin kerana ikan ni agak hanyir, tapi kalau kena pada gayanya dibuat asam pedas perghhhhhhh,,,,,,
 
Duri pertama Kail yang bersaiz sederhana

Dalam asyik menjala jari kail terkena pula sengatan ikan tepu...perghhhh bisanya, kalau sesetengah orang mau pengsan. semakin lama jari kail semakin membengkak.... tapi dek kerana joran yang sentiasa di rengut oleh ikan kail lupa yg jari kail ni bengkak...memang bisa ikan ni sampai demam  demam kail semalam, abis dia tangkap urat.
 Anuar sabar menanti sentapan dari sang ikan

Rizal bersedia untuk menduga lubuk duri yg seterusnya

Tertewasnya duri di tangan si Rizal.......

Pada sesiapa yang ingin mencuba kawasan ni elok bawalah persalinan yang secukupnya ini kerena kawasan ni berlumpur paya katakan. Kalau waktu malam pula lebih berhati hati kerana ini kawasan ular air...memang banyak. Ular ular ni tak menganggu kita cuma ia bermain di gigi air sahaja tapi kita jangan la kacau dia kang nahas,,,,,,,,



Kail bersama duri seberat 1.5 kg

Jam menunjukkan 3 petang kami bersiap siap untuk pulang. Hasilnya boleh la untuk dibuata asam pedas...udang byk juga yg dapat dalam 3 kilo...
Inilah sebahagian hasil memancing kami 

Setakat ini dahulu coretan pengalaman kail utk kali ni semoga bertemu dilain trip.......semoga kita dapat berkongsi pengalaman penglaman memancing di masa masa akan datang. Sekian 

TAKKAN PEMANCING HILANG DIDUNIA

1 comment: